Motosikal / Skuter / Roda

Yamaha Y15ZR Dapat Empat Warna Baharu Untuk 2022

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengemas kini Yamaha Y15ZR untuk tahun 2022 dengan memperkenalkan empat pilihan warna baharu iaitu Cyan, Kelabu, Biru dan Hijau.

Model ini dijual pada harga RM8,498 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran, menunjukkan kenaikan sebanyak RM330 berbanding model tahun 2020.

Tiada sebarang perubahan dari segi mekanikal, bermakna Y15ZR masih dikuasakan oleh enjin sejukan cecair, silinder tunggal bersesaran 150 cc yang menghasilkan 15.2 hp (11.3 kW) pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm pada 7,000 rpm. Kuasa disalurkan menerusi transmisi lima kelajuan.

Sistem suspensi terdiri daripada fork teleskopik pada bahagian depan dan lengan ayun pada bahagian belakang, manakala sistem brek pula merangkumi cakera tunggal hidraulik pada kedua-dua bahagian. Rim adalah berukuran 17 inci dan dibaluti tayar bersaiz 90/80 di depan dan 120/70 di belakang.

Yamaha Y15ZR 2022

Ciri-ciri lain adalah tangki bahan berkapasiti 4.2 liter, ketinggian pelana 780 mm dan panel instrumen LDC. Berat keseluruhan Y15ZR adalah sekitar 117 kg.

Setiap pembelian didatangkan dengan kunci cakera brek bernilai RM100.

Previous post

Geely Jiaji Facelift Dikesan Di China, Bakal Ganti Proton Exora?

Next post

Mercedes-AMG SL 43 - Roadster Entry-Level Berkuasa

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *