Zurich Malaysia Kongsi 10 Petua Keselamatan Balik Kampung
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.
Sukar untuk mempercayai bahawa sudah dua tahun rakyat Malaysia tidak dapat balik kampung untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama orang tersayang.
Bagi mereka yang pulang kampung, Zurich Malaysia ingin mengingatkan semua pemandu supaya mengambil langkah mudah untuk melindungi diri mereka dan orang lain di jalan raya.
Bagi membantu pemandu menyediakan kenderaan mereka untuk perjalanan, syarikat insurans telah menyusun beberapa petua berguna untuk diikuti sebelum dan semasa di jalan raya sebagai peringatan prihatin musim perayaan ini. Tujuannya adalah untuk menjadikan perjalanan pulang lebih selamat, lancar dan selesa.
- Pastikan tayar anda dalam keadaan baik untuk berjalan dan ada angin yang secukupnya. Kekurangan bunga bererti kekurangan traction. Jika anda mempunyai kit pembaik tayar, pastikan ia tidak melepasi tarikh lupus.
- Periksa brek dan minyak brek anda sebelum bertolak. Jika anda mendengar bunyi mengisar, menggeram atau mencicit semasa membrek, atau melihat perbezaan dalam prestasi brek, minta mekanik memeriksanya di stesen minyak atau bengkel terdekat.
- Pastikan lampu depan, lampu belakang dan lampu brek anda berfungsi, dan lampu depan dijajarkan dengan betul untuk keterlihatan maksimum semasa memandu pada waktu malam.
- Patuhi had laju untuk mengelakkan kemungkinan kemalangan atau naik mahkamah.
- Jangan tiong kenderaan di hadapan anda. Mengikuti kereta hadapan terlalu rapat mengurangkan masa tindak balas dan meningkatkan risiko kemalangan yang boleh menyebabkan kerosakan dan juga kecederaan.
- Gunakan lampu signal anda selama sekurang-kurangnya tiga saat sebelum bergerak masuk. Jangan gunakan lampu hazard semasa hujan melainkan kereta anda tersadai. Lampu hazard adalah isyarat kenderaan terhenti. Oleh itu, ia boleh mengelirukan dan berbahaya apabila kereta anda bergerak.
- Menghantar mesej atau menerima panggilan bukan handsfree mengurangkan masa tindak balas sehingga 50%. Tiada panggilan atau mesej lebih bernilai daripada nyawa anda atau orang di sekeliling anda.
- Mahu pulang tepat pada masanya bukan kes kecemasan. Jangan lalui lorong kecemasan untuk memotong trafik. Ia harus tidak terhalang untuk mereka yang benar-benar perlu berhenti, atau untuk tujuan kecemasan.
- Semak perlindungan polisi insuran anda sebelum setiap pembaharuan untuk memastikan ia dikemas kini. Anda mungkin ingin memasukkan nama atau lindungan pemandu tambahan, seperti untuk lindungan khas bencana. Ianya adalah lebih baik untuk mempunyai pelan insurans nyawa atau takaful.
- Sediakan barang kecemasan seperti suar jalan/segitiga kecemasan, kabel jumper, alat pemadam api dan kit pembaikan tayar di dalam kenderaan anda.
Keselamatan jalan raya adalah lebih daripada sekadar memandu dengan selamat. Ianya adalah bagaimana setiap nyawa di jalan raya adalah berharga. Lebih penting lagi, ia adalah tentang bagaimana kita boleh melindungi diri kita dan orang tersayang.
No Comment