Chery Group Jual 285,000 Unit Kenderaan Pada Jan-Apr
Jualan global Chery Group mencapai 81,818 unit pada Mac dan 55,588 unit pada April, melonjakkan jumlah jualannya dari Januari hingga April ke 284,865 unit. Daripada jumlah tersebut, 68,587 unit merupakan kenderaan tenaga baharu (+168.5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu, atau YoY), manakala 84,993 unit dijual di luar China (+12.6% YoY), mencatat rekod baharu bagi Chery dari sudut eksport dalam tempoh tersebut.
Sebanyak 50,786 unit (18%) daripada jumlah jualan global Januari-April Chery merupakan kenderaan siri Tiggo 8. Pengeluaran siri tersebut mencapai 500,000 unit pada 26hb April, dan produk terkini di bawah siri ini, Tiggo 8 Pro e+, dilengkapi dengan DHT Super Hybrid Technology, telah menerima lebih 7,000 tempahan sejak pelancarannya di China pada akhir-Mac.
Di Chile, menurut Asociación Nacional Automotriz de Chile A.G. (ANAC), jualan April Chery meningkat 47% YoY, memberikannya 14.1% penguasaan pasaran. Chery menjual 11,346 unit dalam empat bulan pertama 2022, dengan penguasaan pasaran dari segi jualan SUV kumulatif sebanyak 17.4%. Siri Tiggo 2 telah menjadi SUV terlaris di Chile selama 15 bulan berturut-turut.
Di Brazil, menurut National Federation of Distribution of Motor Vehicles (Fenabrave), jualan Januari-April Cheryberjumlah12,863 unit, menempatkannya di kedudukan kesembilan antara jenama-jenama lain dan mencatatkan 3.51% penguasaan pasaran. Arrizo 6 Pro menduduki tempat keempat dalam segmen sedan dengan 4.54% penguasaan pasaran, manakala SUV-SUVTiggo 3X, Tiggo 5X dan Tiggo 8 terus mendapat sambutan baik.
Di Mesir, jualan Chery pada April melonjak 121% YoY dan 27% berbanding Mac, manakala jumlah jualan Januari-April mencapai 8,206 unit (+121% YoY).Tiggo 7 Pro dan Tiggo 8 terus mencatat jualan baik dalam segmen SUV.
Walaupun jualan kenderaan di China menyusut hampir separuh pada April, Chery telah berusaha keras untuk memastikan bekalan komponen mencukupi serta pengeluaran stabil di peringkat global, dan sedang mempercepatkan pelancaran model-model baharu berdasarkan keperluan pengguna untuk terus mencipta pengalaman baharu serta nilai yang lebih baik bagi para pelanggannya di seluruh dunia.
No Comment