Ford Jemput Pemilik Ranger Sertai Trip Off-Road Unik
Selepas penganjuran program Pengalaman Latihan Ranger/Raptor yang telah berlangsung dengan jayanya di Sepang, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal jenama Ford di Malaysia, kini membawakan aktiviti pengembaraan off-road dua dalam satu di mana peserta boleh menguji kemampuan sebenar jentera mereka dan menikmati keenakan durian sejurus selepas itu.
Pengembaraan berkenaan, yang merupakan sebahagian daripada kempen Ford Ranger Getaways, akan bermula pada 18 Jun di Ford Juru, Pulau Pinang, di mana para peserta akan berkumpul bersama pemilik Ranger yang lain.
Para peserta kemudian akan dibawa ke Jeti Batu Musang untuk menguji keupayaan Ranger mereka melalui pelbagai jenis laluan atas jalan dan off-road, dengan bimbingan para pelatih profesional. Laluan yang bakal ditempuhi termasuk mengharungi air, pemanduan trek hutan, mendaki batu dan banyak lagi.
Setelah menempuhi cabaran 4×4, peserta akan destinasi terkenal durian iaitu Green Acres Orchard di Balik Pulau. Di samping lawatan sekitar kebun tersebut, mereka akan menikmati bufet durian tanpa had serta hidangan makan tengahari yang menyelerakan.
Pakej pengembaraan unik ini ditawarkan pada harga RM976 untuk setiap kenderaan dengan penyertaan maksimum seramai empat orang untuk satu kenderaan.
Tempahan dan bayaran boleh dilakukan di laman web SDAC-Ford di platform Ford Ranger Getaways.
No Comment