Kami Pandu Uji Honda Civic RS Dari KL-Penang-KL
Salah satu pandu-uji yang agak menyenangkan setakat ini, untuk tahun 2022.
Civic RS ini sudah lama dilancarkan. Kami sudah berpeluang memandunya di litar Sepang pada Disember 2021 dan ia tidak mengecewakan ketika itu.
Rupa kabin, kualiti binaan dan penampilannya secara keseluruhannya mengkagumkan. Berbanding dengan yang lama, Civic ini terang-terang, sudah dewasa.
Honda Civic generasi ke-10 kekal sebagai yang terlaris dalam segmen sampailah ke unit yang terakhir yang dijual mereka. Jualan Honda Civic generasi ke-11 semua baharu ketika in amat memerangsangkan. Mereka menjangka dapat menjual dalam 2000 unit sebulan. Ada beberapa rakan kami sendiri pun telah membuat tempahan segera kerana takut-takut habis dan tidak mahu menunggu lama atau ketinggalan.
Enjin Civic model 2022 ini ialah pengecas turbo 1.5 liter yang dikenali dengan 182bhp dan 240NM melalui CVT. Tambahan tork 20Nm berbanding yang lama. Kecekapan bahan apinya kekal pada 17.2 km/liter dan ini dengan saiznya yang BESAR, hampir sama besar dengan Accord dua generasi lalu. Ia kini berukuran 4,678 mm panjang 1,415 mm tinggi dan 1,802 mm lebar. Jarak rodanya meningkat 33 mm menghasilkan lebih banyak ruang kabin dan ruang kaki belakang yang lebih baik.
Civic RS serba baharu dilengkapi dengan teknologi intuitif, Honda SENSING yang dipertingkatkan yang kini hadir dengan ciri baharu – Sistem Lead Car Departure Notification. Sistem ini memberitahu pemandu tentang kereta hadapannya sudah mula bergerak. Semasa waktu terbiar seperti menunggu di lampu isyarat, sistem akan memberi amaran kepada pemandu tentang pergerakkan kereta hadapannya.
Ciri keselamatan Honda SENSING yang dipertingkatkan dalam Civic RS semua baharu adalah seperti di bawah:
1. Lead Car Departure Notification System (baharu)
2. Adaptive Cruise Control (ACC)
3. Low-Speed Follow (LSF)
4. Collision Mitigation Braking System (CMBS)
5. Forward Collision Warning (FCW)
6. Lane Keep Assist System (LKAS)
7. Road Departure Mitigation (RDM)
8. Lane Departure Warning (LDW)
9. Auto High Beam (AHB)
Civic RS serba baharu turut hadir dengan ciri keselamatan lain seperti Honda LaneWatch, Enam Beg Udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Agile Handling Assist (AHA), Emergency Stop Signal (ESS), Anti-lock Braking System (ABS), Electronic Brake Distribution (EBD), Auto Brake Hold (ABH), Hill Start Assist (HSA), Walk Away Auto Lock, Remote Engine Start serta ciri keselamatan baharu untuk Civic iaitu Driver Attention Monitor.
Pengembaraan jalan jauh ke Pulau Pinang
Kami dapat mengalami sepenuhnya ‘RS’ dalam Honda Civic RS dalam perjalanan KL-Penang-KL ini. Pengalaman pemanduan lancar – ‘road sailing’ – RS.
Kami melalui lebuhraya, jalan persekutuan, perjalanan lancar dan perjalanan sesak untuk sampai ke destinasi kami di Pulau Pinang. Anda pasti kenal dengan kesesakkan trafik di Pulau Pinang kan? Lebih lebih lagi kesesakkan pulang kerja harian. Sebagai penumpang atau pun pemandu, walaupun kita bermula perjalanan kami dari kesesakan pergi kerja/sekolah Kuala Lumpur, kelancaran lebuhraya dan keseronokan jalan persekutan dan kemudian kesesakkan pulang rumah Pulau Pinang, dalam satu perjalanan, kami sampai ke destinasi segar dan tidak penat. Masih bertenaga. WALAUPUN berpuasa ketika itu.
Perbandingan yang tidak munasabah?
Anda pasti sudah terdengar atau terbaca tentang ramai diantara kami, media industri permotoran, membuat perbandingan Honda Civis RS ini dengan Sedan Audi A3, BMW 218i Gran Coupe dan malah Volkswagen Golf R-Line yang terbaharu.
Ramai yang kata perbandingan ini tidak munasabah, tidak berasas dan lain-lain. Well, kami sendiri bersetuju, memang tidak munasabah kalau anda belum memandu Honda Civic RS ini. Kami cadangkan anda memandu uji semua sekali dalam satu, dua hari. Anda sendiri rasakan. Anda mungkin terkejut.
Ciri-Ciri Lain Civic RS
Walaupun ianya besar, berat keseluruhan HANYA 1284 kg, radius pusingan kecil, hanya 6.1m, ruang bagasi 497-liter, kluster meter 7-inci TFT, upholsteri separuh kulit sukan, tempat duduk pemandu elektrik pelarasan 8 hala.
Spesifikasi Honda Civic RS 1.5 VTEC Turbo
Enjin: 1.5-litre 4-cylinder 16V DOHC VTEC Turbo
Kapasiti: 1498cc
Power: 182bhp @ 6,000rpm
Tork: 240Nm @ 1,700-4,500rpm
Gearbox: CVT (Paddle Shifters)
0-100km/h: 8.5 seconds
Top Speed: 200km/h
Harga Jualan: RM144,350.09
No Comment