Berita Auto

Tayar BFGoodrich Advantage Touring Dilancarkan Di Malaysia

BFGoodrich baru-baru ini melancarkan BFGoodrich Advantage Touring, tayar jalan raya yang dirumus untuk kenderaan jenis sedan, pikap, van mini, dan CUV/SUV. Menurut syarikat itu, ia menawarkan liputan pasaran yang menjangkau lebih 85% bagi lingkungan saiz dari 13 hingga 20 inci, serta hadir dengan 67 saiz termasuk 30 yang baharu.

Menurut Pengarah Urusan MICHELIN Malaysia, Oliver Biggart, BFGoodrich Advantage Touring mensasarkan pemandu bergaya hidup aktif yang menginginkan alternatif yang lebih berbaloi serta keyakinan untuk meneroka dunia urban.

“Tayar yang baru dilancarkan ini mencuri perhatian dengan penawaran saiznya yang ekstensif, di samping prestasi dan estetika yang dinaik taraf. Bukan itu sahaja, ia turut didatangkan dengan waranti pengeluar bertempoh 6 tahun, menawarkan pengguna nilai yang hebat dengan kualiti bertaraf premium,” kata beliau.

Berikut adalah antara kelebihan BFGoodrich Advantage Touring:

  • Estetika dan prestasi bunyi hingar yang dinaik taraf: Disumbang oleh reka bentuk bunga tayar baharu yang serba dinamik dan ringkas, di samping corak bunganya yang tidak berarah dan tidak bersimetri dengan tapak yang dioptimumkan menggunakan komputer.
  • Dijuruterai untuk pengendalian dan pembrekan yang lebih cemerlang: Reka bentuk bunga tayar tidak bersimetrinya menampilkan blok dan bahu serba tegar yang memberikan pengendalian dan kawalan yang responsif. Blok bunga bersaiz besar dengan aluran yang dalam memberikan prestasi pembrekan yang baik dalam kondisi jalan raya basah mahupun kering.
  • Ciri kedalaman yang memberi keyakinan sepanjang hayat tayar: Ia disumbang oleh teknologi jalur saling mengunci (interlocking) yang mengurangkan geseran dan pembentukan haba, sekali gus mengurangkan penggunaan bahan api. Terdapat juga lapisan kontak teroptimum yang dirumus khas untuk pasaran dengan cuaca panas.

Kini tersedia menerusi wakil pengedar BFGoodrich yang bertauliah di seluruh negara, BFGoodrich Advantage Touring hadir dalam 67 saiz (dengan penarafan kelajuan H, T, dan V) dalam lingkungan 13 hingga 20 inci. Untuk maklumat lanjut, layari https://www.bfgoodrich.com.my/auto/tyres/bfgoodrich-advantage-touring.

Previous post

Brabus 900 Crawler Adalah G-Wagon Versi Buggy

Next post

Bagaimana Subaru EyeSight Memastikan Pemandu Selamat di Lorong Mereka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *