Tiga Kenderaan Yang Paling Dicuri Di Amerika
Cara Melindungi Kereta Anda Daripada Dicuri
Walaupun kereta adalah salah satu pembelian anda yang termahal, ia juga boleh menjadi salah satu perkara paling mudah untuk dicuri. Mungkin ramai yang tidak menyedari pencuri sedang memeharti kereta mereka setiap hari. Walaupun kereta baharu mempunyai lebih banyak ciri keselamatan untuk mengurangkan kes kecurian, ramai tetap menggunakan kereta lama mereka untuk mengelak daripada membelinya di pasaran panas.
Kereta lama mempunyai rekod prestasi yang lebih lama kerena ianya lebih dipercayai dan mempunyai operasi kos rendah, tetapi mereka terdedah kepada pencuri.
3 Kereta Paling Banyak Dicuri di Amerika
Terdapat peningkatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam kes kecurian kereta sejak beberapa tahun lalu. Menurut Biro Jenayah Insurans Kebangsaan/National Insurance Crime Bureau, NCIB, kecurian kereta di seluruh Amerika meningkat sebanyak 16.5% pada 2021. Bandar besar seperti New York, Philadelphia, Chicago dan Washington, D.C. telah mengalami peningkatan tiga angka dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Semasa pandemik, kecurian kenderaan meningkat disebabkan kemerosotan ekonomi, kehadiran sekolah berkurangan, dan pemilik menjadi leka dengan kenderaan mereka. Selalunya, apabila kereta dicuri, ia bukan untuk dipandu – ia untuk dicuri untuk menjual bahagian/alatan kereta itu.
1. Honda Accord
Jika anda pemilik Accord, berhati-hati kerana ini adalah pilihan popular di kalangan pencuri. Sepanjang 10 tahun yang lalu, 500,000 kecurian Honda Accord berlaku menjadikannya kereta paling banyak dicuri di Amerika.
Adalah penting untuk mengambil langkah yang perlu untuk melindungi kereta anda, terutama sekali jika ia adalah model dari pertengahan hingga akhir 90-an. Kerana kekurangan teknologi anti-kecurian dalam model lama, pencuri cenderung untuk memilihnya. Model yang paling kerap dicuri mengikut tahun ialah 1994, 1996, dan 1997. Langkah berjaga-jaga tambahan perlu diambil seperti memastikan kenderaan anda selamat dengan menambahkan peranti keselamatan seperti kunci roda atau kunci brek.
2. Honda Civic
Satu lagi Honda memasuki senarai di nombor dua, tetapi kali ini Honda Civic. Sepanjang 10 tahun yang lalu, di belakang Accord di atas, dengan kecurian melebihi 400,00. Pencuri kereta lebih suka model lama dari 90-an dan 2000-an. Model yang paling kerap dicuri mengikut tahun ialah 1995, 1998 dan 2000. Jika anda pemilik kenderaan ini, adalah baik menambah perlindungan dengan peranti anti kecurian.
3. Pikap Ford
Pikap Ford bersaiz penuh, dikenali sebagai F-Series, bukan sahaja salah satu kenderaan terlaris di Amerika, tetapi ia juga berada di tempat ketiga sebagai salah satu kenderaan paling dicuri di negara itu. Model yang paling kerap dicuri mengikut tahun ialah 1997 dan 2006. Sepanjang dekad yang lalu, hampir 400,000 pick-up Ford telah dicuri.
Cara Melindungi Kenderaan Anda Daripada Dicuri (untuk pemilik kereta Amerika Utara sahaja)
Mujur sekali, ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk memastikan kereta anda selamat daripada pencuri yang ingin menjana pendapatan dengan menjual alatan ganti kereta yang dicuri. Langkah mudah untuk diambil adalah seperti berikut:
- Pastikan pintu kereta anda dikunci.
- Jangan biarkan kereta anda menjadi sasaran mudah dengan meninggalkan kunci spare di dalamnya.
- Letak kereta di kawasan yang terang dan banyak lalu lintas.
- Meninggalkan gran kereta anda di dalam kereta anda menjadikannya terlalu mudah untuk pencuri, jadi pastikan anda meninggalkannya di rumah, tetapi simpan pendaftaran di dalam kereta (terpakai un tuk Amerika Utara).
Dengan peningkatan kecurian kereta di seluruh negara, berhati-hati dengan kereta yang anda miliki kerana ia boleh disenaraikan sebagai salah satu kereta yang paling dicuri.
No Comment