GoCar Garage Kini Di Johor Bahru, Pulau Pinang Dan Melaka
GoCar Malaysia mengumumkan bahawa penyelesaian servis dan penyelenggaraan kereta digitalnya, GoCar Garage kini sudah berada di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Melaka. Syarikat itu juga telah menambah lebih banyak lokasi Garage di Lembah Klang untuk memenuhi permintaan servis yang kian meningkat.
Pengembangan itu hadir menerusi satu siri kerjasama strategik dengan bengkel- bengkel sah dan bebas (dikenali sebagai Garage) yang dipilih melalui satu proses penilaian yang ketat. Sebanyak 20 rakan telah menyertai platform GoCar Garage dengan banyak lagi bengkel akan turut serta dalam tempoh beberapa bulan lagi.
“Maklum balas yang diterima daripada pelanggan di Lembah Klang sangat menggalakkan. Jelas sekali wujud permintaan terhadap platform servis kereta yang menyeluruh dan telus seperti GoCar Garage, terutama untuk kenderaan yang sudah tamat tempoh jaminannya,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun.
“Matlamat kami sekarang adalah untuk membina dan mengembangkan rangkaian Garage ke seluruh negara. Jadi, kami ingin mahu lebih dekat dengan pelanggan untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada mereka,” tambah beliau.
Sempena dengan pengembangan ini, GoCar Garage kini menjalankan satu kempen promosi bermula 1 Jun hingga 31 Ogos 2022.
Untuk menikmati promosi ini, pelanggan hanya perlu membeli salah satu daripada tiga pakej servis GoCar Garage pada harga runcit pada temu janji servis pertama mereka.
Kemudian, mereka akan menikmati penjimatan sebanyak 50% ke atas pakej minyak enjin yang sama pada servis kedua dan ketiga. Mereka yang ingin menaik taraf pakej minyak enjin atau membeli produk-produk dan perkhidmatan lain hanya perlu menambah perbezaan harganya.
Pelanggan mempunyai tempoh selama setahun dari tarikh kod promo dikeluarkan untuk menebus tawaran promosi bagi servis kedua dan ketiga mereka.
Berikut adalah promosi yang ditawarkan:
No Comment