Honda Malaysia Panggil Semula 1,527 Unit Kenderaan
Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula melibatkan model City, City Hatchback, BR-V dan HR-V sebagai langkah berjaga-jaga.
Berikut adalah pecahan model-model yang terlibat serta tahun pengeluarannya:
Menurut Honda Malaysia, panggilan semula ini dibuat untuk situasi seperti berikut:
Pemeriksaan tork nat pada Alternating Current Generator (ACG)
Panggilan semula ini bertujuan untuk memeriksa pengetatan nat pada terminal ACG pada abah-abah enjin. Ini mungkin menyebabkan kontak terminal yang lemah dan kerosakan pada bateri yang boleh mengakibatkan enjin mati semasa memandu atau sukar dihidupkan selepas kereta berhenti.
Ia melibatkan 1,068 unit City model tahun 2021 dan City Hatchback model tahun 2022.
Pemeriksaan keketatan bolet pembumian
Panggilan semula ini bertujuan untuk memeriksa tahap keketatan bolt pembumian yang boleh mengakibatkan abah-abah pendawaian longgar. Ini mungkin menyebabkan kontak terminal yang lemah dan kerosakan pada bateri yang boleh mengakibatkan enjin mati semasa memandu atau sukar dihidupkan selepas kereta berhenti.
Ia melibatkan 343 unit HR-V model tahun 2020 dan 116 unit BR-V model tahun 2021.
Honda Malaysia memberikan jaminan bahawa panggilan semula ini tidak melibatkan model pengeluaran dan jualan semasa. Setakat hari ini, tiada insiden kemalangan atau kecederaan disebabkan isu ini dilaporkan di Malaysia.
Semua pelanggan yang terlibat akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan. Honda Malaysia menggesa pelanggan yang menerima surat tersebut untuk segera menghubungi mana-mana wakil pengedar sah Honda untuk membuat janji temu bagi pemeriksaan dan pembaikan, jika perlu.
Kos pemeriksaan, pembaikan dan penukaran alat yang terjejas akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol Honda Malaysia di 1.
No Comment