Jaguar XF Facelift Masuk Pasaran Malaysia – RM498,800
Jaguar Land Rover Malaysia baru-baru ini melancarkan Jaguar XF versi facelift ke pasaran tempatan. Sedan mewah itu ditawarkan dalam varian 2.0L R-Dynamic pada harga RM498,800 (termasuk 10% SST) sebelum cukai jalan, pendaftaran dan insurans.
Di bawah bonet, enjin petrol Ingenium 2.0-liter empat silinder menghasilkan 250 PS dan 365 Nm. Kuasa disalurkan ke roda belakang oleh transmisi automatik lapan kelajuan, membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 7.1 saat.
Dari segi penampilan, model facelift ini tampil dengan gril baharu, lubang ambilan udara pada bahagian bawah bampar, lampu LED dengan sigantur ‘Double J’ dan juga bampar belakang yang direka semula untuk imej yang lebih moden.
Di dalam, terdapat skrin sentuh melengkung berdefinisi tinggi berukuran 11.4 inci yang menampilkan sistem infohibur Pivi Pro terkini. Menurut Jaguar, skrin berkenaan tiga kali lebih terang dan 48% lebih besar berbanding skrin terdahulu, selain menyediakan struktur menu yang lebih ringkas.
Pemandu juga boleh menyambungkan telefon pintar mereka dan menggunakan aplikasi yang sesuai menerusi Apple CarPlay atau Android Auto.
Pembaharuan lain yang terdapat pada XF facelift adalah teknologi Active Road Noise Cancellation pada sistem audio Meridian yang berfungsi untuk mengurangkan bunyi di dalam kabin. Turut disertakan adalah teknologi bantuan pemendi seperti Adaptive Cruise Control dan Driver Condition Monitor.
No Comment