Kenderaan Berat Dilarang Melalui Jalan Utama KL Pada Waktu Puncak
JPJ memberi amaran keras kepada pengendali dan pemandu yang ingkar
Memandangkan kesesakan lalu lintas yang semakin teruk di Lembah Klang, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan semua pengusaha syarikat atau pemandu kenderaan pengangkut berat dengan muatan (BDM) melebihi 7,500 kg bahawa mereka dilarang memasuki jalan utama ke pusat bandar dari 6.30 pagi hingga 9.30 pagi dan 4.30 petang hingga 7.30 malam setiap hari.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, 3 Jun 2022, JPJ berkata pemerhatiannya menunjukkan bahawa kenderaan berat telah memasuki bandar pada waktu puncak, sekali gus menyumbang kepada kesesakan lalu lintas dan akhirnya menjejaskan aliran trafik yang lancar di Lembah Klang.
Menurut kenyataan itu“Jalan-jalan yang diwartakan sekatan perjalanan sekurang-kurangnya lima kilometer dari pusat bandar, bermula dari pintu masuk ke pusat bandar akan ditanda dengan meletakkan papan tanda khas dengan masa melarang kenderaan berat memasuki pusat bandar”.
Jalan raya yang diwartakan dengan sekatan pada waktu pagi (6.30 pagi hingga 9.30 pagi) dan malam (4.30 petang hingga 7.30 malam) bagi kenderaan barangan adalah seperti berikut:
6.30 pagi hingga 9.30 pagi
- Semua jalan di dalam Pusat Bandar Kuala Lumpur.
- Jalan Kuching, Kuala Lumpur sekatan bermula daropada Taman Wahyu, Jalan Ipoh hingga ke Pusat Bandar Kuala Lumpur.
- Jalan Genting Klang sekatan bermula daripada TAR Kolej hingga ke Pusat Bandar Kuala Lumpur.
- Jalan Cheras, sekatan bermula Taman Midah hingga ke Pusat Bandar Kuala Lumpur.
- Lebuhraya PLUS – Sekatan bermula daripada R&R Rawang menghala ke Kuala Lumpur.
- Lebuhraya PLUS – Sekatan bermula daripada Plaza Tol Bukit Raja, Klang, Selangor menghala ke Kuala Lumpur.
- Jalan Tun Razak.
- Jalan Istana.
- Jalan Segambut.
- Jalan Sentul.
4.30 petang hingga 7.30 petang
- Jalan Kepong.
- Jalan Ipoh – Dari Bulatan Kepong hingga Jalan Batu Caves.
- Lebuhraya Karak.
- Jalan Gombak – Dari Jalan Kampung Bandar Dalam hingga sempadan Kuala Lumpur.
- Jalan Genting Kelang.
- Jalan Cheras – Dari Jalan Pudu hingga Jalan Tenteram.
- Jalan Sungai Besi – Dari Jalan Kuchai Lama hingga Lebuhraya Kuala Lumpur – Seremban.
- Jalan Kelang Lama – Dari Lebuhraya Persekutuan hingga Jalan Kuchai Lama.
#Perintah Pengangkutan Jalan (Kenderaan Bergerak Perlahan), (Larangan Ke Atas Penggunaan Jalan) Bandaraya Kuala Lumpur 1994.
Mereka yang gagal mematuhi larangan ini akan dikenakan kompaun tidak melebihi RM300 atau didakwa di mahkamah di mana denda yang dikenakan tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi RM2,000.
No Comment