Boon Siew Honda Memperkenalkan Honda CBR150R Edisi Terhad Repsol
Honda CBR150R telah memperoleh reputasi yang menarik di arena supersports dengan keseimbangan prestasi, gaya dan cirinya tersendiri sejak pelancarannya pada September 2021.
Liveri Repsol yang ikonik pada Honda CBR150R pasti menarik perhatian ramai apatah lagi reka bentuknya yang agak sporty dan agresif, warna oren yang dikenali semua dengan logo Repsol dibalut dengan jalur putih dipaparkan pada tepi motosikal dan warna hitam kebanyakkannya di fender bawah. Rimnya berwarna oren memastikan CBR150R menjadi perhatian ramai apabila berada di atas jalan.
Ia diperkukuh lagi dengan sistem lampu LED penuh dan dwi-lampu LED hadapan yang agresif diperoleh dari DNA CBR250RR. Ciri-ciri lain membuatkan CBR150R memberi penampilan lebih sporty ialah seperti brek cakera beralun, rim oren menyerlah, dan panel meter digital penuh yang menyertakan pelbagai maklumat kepada penunggang.
Motorsikal ini di lengkapi dengan enjin DOHC jenis penyejuk cecair 150cc, mampu memberikan kuasa maksimum 12.0 kW @ 9,000rpm dan tork maksimum 13.7Nm @ 7,000 rpm. Digabungkan dengan transmisi kuasa 6-kelajuan, CBR150R memberikan prestasi terbaik di kelasnya.
CBR150R dilengkapi dengan “Anti-Lock Braking System” 2 Saluran (ABS) yang memberikan keselesaan dan keyakinan membrek kepada penunggang. Slipper Clutch juga merupakan ciri yang tersedia untuk meningkatkan pengalaman penunggang dengan operasi klac yang lebih mudah dan selesa.
Hanya 800 unit Honda CBR150R Edisi Repsol akan ditawarkan kepada orang ramai. Pemilihan warna sedia ada akan terus tersedia di pasaran.
Pilihan warna dan harga adalah seperti berikut:
REPSOL EDITION RM13,499
Harga yang ditunjukkan adalah harga bilik pameran yang disyorkan tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran. Boon Siew Honda menawarkan jaminan pembuatan selama 2 tahun atau 20,000km (mana yang terdahulu)
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Honda CBR150R Edisi Repsol, pelanggan boleh mengunjungi pengedar Honda atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800- 88-3993 atau melayari www.boonsiewhonda.com.my.
Mengenai Boon Siew Honda Sdn. Bhd.
Boon Siew Honda Sdn. Bhd., sebuah syarikat usaha sama antara Honda Motor Co., Ltd. dan Oriental Holdings Bhd., memulakan operasi pada September 2008 dengan matlamat untuk menggabungkan pengeluaran dan jualan motosikal di Malaysia serta mencapai kecekapan dan kepuasan pelanggan yang lebih tinggi. Sebelum kewujudan syarikat baharu berkenaan, Boon Siew Sdn. Bhd. bertanggungjawab dalam penghasilan dan perniagaan pukal produk motosikal Honda di Malaysia. Sementara menjangkakan usaha sama dengan syarikat- syarikat Honda lain di seluruh dunia, Boon Siew Honda Sdn. Bhd. akan mengukuhkan daya saingnya dan berusaha untuk menyediakan produk serta perkhidmatan yang melangkaui jangkaan pelanggan.
No Comment