Uncategorized

Dasar ‘Family Bond’ Volvo Car Malaysia Tingkatkan Penglibatan Majikan

Volvo bukan saja johan dari segi keselamatan, kemampanan dan kebelakangan ini, jualan, Volvo Car Malaysia kini mahu jadi juara keprihatinan terhadap warga kerja mereka.

Sebagaimana Volvo telah memeterai keselamatan kenderaan, mereka juga mahu Family Bond ini menjadi standard industri bagi cuti paterniti.

Keutamaan Volvo Cars kepada insan melihat lebih 160 orang pekerja global memanfaatkan cuti paterniti selama 24 minggu.

Dasar Family Bond ini telah diperkenalkan di peringkat global setahun yang lalu dan kini Volvo Car Malaysia turut bersama meneruskan usaha menyokong kelayakan cuti paterniti yang saksama, merapatkan jurang antara jantina dan menyediakan peluang yang sama rata untuk pertumbuhan kerjaya.

Dasar Family Bond memberi semua pekerja di pejabat mahu pun di kilang Volvo Car Malaysia yang telah bekerja selama sekurang-kurangnya satu tahun dengan cuti paterniti selama 24 minggu. Dasar ini terpakai untuk ibu dan bapa, termasuk ibu bapa angkat dan boleh digunakan pada bila-bila masa dalam tempoh tiga tahun pertama mereka menjadi ibu bapa.

Berikut adalah siaran media Volvo Cars Malaysia dengan petikan kata Pengurus CRM dan Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia mengenai perkara ini.

Volvo Cars Malaysia Family Bond 2.0

SIARAN MEDIA

Ketika berkongsi pengalaman, Veena Menon, Pengurus CRM di Volvo Car Malaysia berkata:
“Sebagai ibu kepada tiga orang cahaya mata, saya sangat bersyukur mendapat cuti paterniti
berbayar selama 24 minggu apabila saya melahirkan bayi saya. Saya menghargai kepentingan
ikatan awal kasih sayang dalam pembesaran anak. Itulah sebabnya saya gembira dapat
menggunakan manfaat dasar Family Bond untuk membina ikatan dengan bayi semasa tempoh
yang paling penting dalam kehidupan dia.”

“Saya merasa sangat gembira berada dalam sebuah organisasi yang moden dan progresif
seperti ini. Volvo sentiasa memberi tumpuan kepada insan dan menerusi Family Bond, syarikat
memberi peluang kepada ibu dan juga bapa untuk memainkan peranan yang saksama dalam
membesarkan anak mereka. Dalam sebuah masyarakat yang maju, kesaksamaan jantina
adalah sangat penting dan persoalan sama ada seseorang perlu memilih antara kerjaya atau
keluarga sepatutnya tidak timbul. Saya harap lebih banyak organisasi yang akan mengikuti jejak
langkah Volvo Cars dalam menawarkan cuti paterniti berbayar demi kesejahteraan keluarga.”
Family Bond kini ditawarkan untuk 40,000+ orang pekerja Volvo Cars di seluruh dunia termasuk
di kilang dan di pejabat. Sehingga kini, lebih 160 orang pekerja telah menerima manfaat dasar
ini di seluruh dunia.

Volvo Cars Malaysia Family Bond 3.0

Charles Frump, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, mengulas: “Dasar Family Bond
menonjolkan budaya dan nilai syarikat kami. Kerajaan Malaysia baru-baru ini mengumumkan
penambahan kepada dasar cuti paterniti yang sedia ada. Kini bapa yang bekerja diberi cuti
sehingga tujuh hari dan ibu yang bekerja pula sehingga 98 hari. Ini merupakan langkah positif
yang dinanti-nantikan dan ke arah hak cuti paterniti yang lebih saksama.”

Previous post

Chery Lancar OMODA 5 Baharu Di Shenzen, China

Next post

Tayar Baharu Dari Pirelli Cinturato Rosso Diperkenalkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *