Nissan Serena S-HYBRID Serba Baharu 2022 Dilancarkan
Dua varian ditawarkan – Highway Star dan Premium Highway Star dengan Perisai Keselamatan 360° untuk meningkatkan keselamatan memandu.
Edaran Tan Chong Motor (ETCM), hari ini melancarkan Nissan Serena S-HYBRID serba baharu dengan gaya dan ciri keselamatan yang dipertingkatkan.
Sejak 1997, Edaran Tan Chong Motor berjaya mengeluarkan empat generasi Serena dengan lebih 45,000 unit terjual di seluruh negara setakat ini.
Pelancaran Nissan Serena S-HYBRID Serba Baharu 2022 hari ini menunjukkan komitmen Nissan di Malaysia. Ia adalah antara model hybrid pertama yang dipasang secara tempatan dan kekal sebagai satu-satunya MPV hybrid CKD hingga hari ini.
Serena generasi baharu ini didatangi dengan pelbagai ciri-ciri yang menampilkan lebih premium, tetapi pada harga mampu milik. Kini, untuk menjadikanya lebih berbaloi, ia didatangkan dengan ciri-ciri keselamatan tambahan dan bentuk yang lebih ceria selaras dengan reka bentuk Nissan terkini.
Walaupuan menghadapi masalah kekurangan global yang berterusan terhadap bekalan cip pemprosesan dan isu logistik yang menghimpit pengeluaran, Tan Chong Motor Assemblies (anak syarikat Tan Chong Motor Holdings Berhad) telah melakukan yang terbaik untuk meminimumkan tempoh menunggu bagi semua model Nissan yang dipasang di kilang pemasangannya di Serendah, Selangor.
Setakat ini, mereka telah menerima lebih daripada 2,000 tempahan sejak ia dibuka dan mereka yang telah menempah kenderaan sebelum 30 Jun 2022, akan dapat menikmati pengecualian cukai jualan.
Untuk pelanggan ‘early bird’ yang membuat tempahan awal, ETCM memberikan penghargaan dengan menawarkan Perkhidmatan Penyelenggaraan percuma sebanyak 5 kali secara selang seli (termasuk alat ganti dan buruh) dan waranti selama 5 tahun tanpa had perbatuan (tertakluk pada terma dan syarat).
Melalui program Pembiayaan HIJAU, pelanggan yang ingin membeli Serena S-HYBRID Serba Baharu berhak mendapat kadar faedah 1.99% setahun, menjadikannya pertimbangan pembelian yang lebih menarik.
Bergantung pada varian yang anda pilih, Serena S-HYBRID Premium Highway Star ditawarkan dengan rekaan warna luaran dua tona; bumbung berwarna hitam dan 4 pilihan warna badan iaitu Dark Metal Grey, Brilliant White, Radiant Red dan Diomand Black.
Untuk Serena S-HYBRID Highway Star pula, tiga pilihan warna badan luaran ditawarkan, iaitu Brilliant White, Tungsten Silver dan Diamond Black.
Serena S-HYBRID serba baharu kini ditawarkan dalam dua varian dengan harga seperti yang berikut:
Varian | MSRP (RM) |
New Nissan Serena S-HYBRID Highway Star | RM149,888 |
New Nissan Serena S-HYBRID Premium Highway Star | RM162,888 |
- Harga di Semenanjung Malaysia.
- Semua harga termasuk cukai jualan tetapi tanpa Insurans dan untuk pendaftaran Individu Persendirian sahaja.
- Waranti 5 tahun tanpa had perbatuan.
Boleh didapati di semua bilik pameran
Serena S-HYBRID serba baharu sekarang berada di bilik pameran Nissan di seluruh Malaysia untuk dilihat dan dipandu uji. Bagi pelanggan yang tidak dapat mengunjungi bilik pameran Nissan, mereka boleh mengakses maklumat produk yang diperlukan dan mendapatkan pandu uji Serena depan pintu dari keselesaan rumah mereka melalui Bilik Pameran Dalam Talian Nissan di https://nissan.com.my/onlineshowroom/.
Lebih-lebih lagi, sebaik anda membuat keputusan untuk membeli melalui kedai Flagship Nisasn Lazada, bayaran tempahan yang rendah dalam talian disediakan dan Wakil Jualan kami akan menghubungi anda dan membantu anda menyelesaikan proses pembelian.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi tapak web Nissan Malaysia di
www.nissan.com.my atau hubungi talian hotline Pusat Khidmat Pelanggan Nissan di 1800-8800-3838.
Berikut adalah siaran media Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd dengan lebih maklumat:
Keyakinan dan Premium
Disamping mengekalkan penampilan elegan reka bentuknya, Serena S-HYBRID serba baharu ini didatangkan perubahan kosmetik yang menawarkan keyakinan dan meningkatkan aura premium. Ini termasuk Lampu Depan Dwi Projektor rekaan baharu serta Gril Hadapan V-motion Baharu dengan corak krom yang megah lagi anggun dan canggih. Bampar Hadapan menerima rekaan semula dengan Lampu Kabus bersepadu dan Lampu Siang di setiap sudut. Sementara Bampar Belakang pula ditambah Kemasan Hitam Berkilat membuat tampilannya lebih berkelas. Lampu belakang rekaan baharunya juga identiti Serena S-HYBRID terkini.
Untuk meningkatkan suasana premium dalam kabin, pelapik kalis bunyi telah ditambahkan pada penutup roda belakang. Ini membantu mengurangkan tahap kebisingan, getaran dan kekasaran (NVH), untuk memberikan suasana dalam kabin yang harmoni, tenang dan senyap.
Keselamatan dan Perlindungan yang Menyeluruh
Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kenderaan Nissan yang dijual kepada orang ramai. Nissan telah membangunkan pelbagai teknologi pintar yang boleh membantu pemandu dalam memastikan pemanduan yang lebih Selamat. Teknologi ini menawarkan Perisai Keselamatan 360° demi perlindungan yang menyeluruh dan lengkap.
Untuk Serena S-HYBRID serba baharu ini, Perisai Keselamatan 360° telah dilengkapi dengan Keselamatan Aktif yang dipertingkatkan dengan rangkaian sistem yang dapat meningkatkan kesedaran pemandu terhadap persekitaran serta mengambil tindakan untuk mengelakkan perlanggaran. Ini termasuk Predictive Forward Collision Warning dan Emergency Braking, Lane Departure Warning, Blind Spot Warning dan Rear Cross Traffic Alert.
Memang diketahui umum bahawa kebanyankan sistem akan memberikan amaran kepada pemandu apabila sistem mengesan kehadiran kenderaan lain sedang menghampiri kenderaan anda atau kemungkinan risiko kemalangan, malah sistem Intelligent Predictive Forward Collision Warning dan Emergency Braking menawarkan perlindungan yang lebih canggih. Sensor radar yang terletak di bahagian hadapan kenderaan dapat mengesan jarak antara dua kereta di hadapan, serta kelajuan relatifnya. Ini membolehkan sistem menilai situasi di hadapan Serena S-HYBRID lalu mengenal pasti potensi risiko perlanggaran.
Jika pemandu tidak bertindak balas dengan betul selepas amaran diberikan (dengan memberhentikan atau memperlahankan kenderaan), sistem akan menekan brek secara automatik (Automatic Emergency Braking). Dengan cara ini, potensi perlanggaran dengan kenderaan hadapan dapat dielakkan atau jika tidak, sekurang-kurangnya kerosakan boleh dikurangkan dengan kelajuan hentaman yang lebih rendah. Satu lagi sistem yang turut membantu kesedaran pemandu terhadap persekitaran ialah Intelligent Around View Monitor dengan Intelligent Moving Object Detection. Imej simulasi pandangan daripada bumbung kenderaan yang dipamerkan pada monitor membolehkan pemandu memantau keadaan persekitaran. Sensor juga boleh mengesan objek bergerak dan kemudian memberi amaran kepada pemandu supaya berhati-hati.
Jarak perjalanan yang jauh akan meletihkan badan dan menyebabkan pemandu mengantuk. Selain dari sistem Lane Departure Warning yang akan memberi amaran kepada pemandu apabila kenderaan terpesong secara tiba-tiba dan berbahaya daripada lorongnya, sistem Intelligent Driver Alertness pula akan memantau tingkah laku pemandu. Jika ia mendapati pemandu memandu sambil mengantuk, amaran akan dikeluarkan dan pemandu perlu berehat.
Seperti juga model Nissan yang lain, beg udara ditawarkan untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya kecederaan. Disebabkan kabin yang panjang, beg udara bukan sahaja disediakan di hadapan dan sisi penumpang hadapan Serena S-HYBRID, malah ia juga disediakan beg udara tirai penuh di sepanjang sisi. Beg udara tirai ini akan jatuh ke bawah apabila berlakunya hentaman sisi yang kuat untuk memberi perlindungan tambahan kepada penumpang baris kedua dan ketiga. Risiko penumpang tercampak keluar dari kenderaan semasa kemalangan teruk dapat dikurangkan dengan bukaan tingkap terbalut.
Teknologi hibrid untuk Kecekapan
Nissan S-HYBRID Tech terus menjada kuasa MPV dengan menggunakan pacuan hybrid dengan motor elektrik Kawalan Tenaga (ECO) yang mengawal sistem henti melahu. Ia membantu membekalkan tork semasa kenderaan bergerak, tempoh ketika enjin berada di bawah tekanan beban tinggi. Bantuan ini dapat mengurangkan beban ke atas enjin, sekaligus meningkatkan kecekapan bahan api. Dengan itu, Sistem S-HYBRID menawarkan beberapa manfaat rangkaian kuasa hybrid tanpa kos tinggi yang berkaitan.
Enjin petrol yang digunakan pada Serena S-HYBRID serba baharu ialah 4-silinder CVTC Berkembar (Continuously-variable Valve Timing Control) 2.0 liter yang telah terbukti kebolehpercayaan dan daya tahan lasaknya selama ini. Ia dilengkapi dengan Dual Arm Tensioner yang mengoptimumkan daya tegangan pada tali pinggang untuk mengurangkan geseran, kehilangan kuasa dan meningkatkan kecekapan bahan api. MOD ECO juga boleh diaktifkan untuk membantu pemandu meningkatkan kecekapan bahan api tanpa kehilangan keseronokan atau keselesaan pemanduan.
Pacuan hybrid dipadankan dengan XTRONIC CVT (Continuously Variable Transmission) Nissan dengan Adaptive Shift Control untuk menyelaraskan kawalan antara enjin dan transmisi. Intelligent control system mentafsir niat pemandu daripada pecutan dan stereng, serta menentukan nisbah transmisi optimum untuk memberikan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya.
Memang difahami, pemandu berasa bimbang dengan kos petrol yang tinggi baru-baru ini, oleh itu, Serena S-HYBRID yang diklasifikasikan sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dengan penggunaan bahan api 14.2 km seliter memanglah dihargai. Ini bermakna, dengan tangki penuh, ia dapat bergerak sehingga 852 km, mengurangkan kekerapan pemandu ke stesen minyak.
Bertimbang rasa dan Menyenangkan
Serena S-HYBRID serba baharu menjadikan perjalanan dalam MPV lebih menyenangkan dan menyeronokkan buat pemandu dan penumpang. Ciri standard yang digemari dan dihargai ramai seperti Dual Back Door dan Hands-Free Dual Power Sliding Doors masih dikekalkan.
Konsep Dual Back Door unik Serena S-HYBRID membolehkan urusan masuk dan keluar dari ruang kargo yang luas menjadi mudah dan pantas. Untuk menyimpan atau mengeluarkan barangan yang besar dan tinggi, keseluruhan pintu belakang boleh dibuka, tetapi jika hanya barangan yang kecil, misalnya barang runcit, pintu belakang tidak perlu dibuka secara keselurahan. Bahagian atas pintu belakang boleh dibuka secara berasingan dan barangan boleh dimasukkan dengan mudah.
Walaupun pintu gelongsor dwi berkuasa ditemui pada kebanyakan MPV hari ini, malah Pintu Gelongsor Berkuasa Bebas Tangan pada kedua-dua belah sisi Serena S-HYBRID adalah jarang dan biasanya hanya tersedia pada model yang lebih mahal. Dengan adanya keupayaan bebas tangan ini, pengguna hanya perlu menghayunkan kaki di bahagian bawah pintu (dengan syarat fob kunci berada dalam poket atau beg tangan), sensor akan mengesan kaki dan membuka pintu secara automatik.
Ciri bebas tangan ini pastinya akan digemari apabila tangan penuh dengan beg dan barangan. Mana-mana pintu boleh dibuka dengan menggunakan kaki tanpa perlu meletakkan barangan di atas tanah sama ada untuk menekan butang atau menarik pemegang. Remote control juga boleh digunakan untuk membuka pintu dari jarak yang dekat. Untuk keselamatan, pergerakan pintu akan dihentikan serta-merta jika terdapat rintangan semasa pintu ditutup. Memandangkan hampir semua orang mempunyai sekurang-kuarangnya satu peranti elektronik mudah alih pada masa kini, mengecas semula bateri menjadi keperluan harian. Perebutan port pengecasan tidak akan berlaku dalam perjalanan anda bersama Serena S-HYBRID kerana 7 port USB telah disediakan di sekeliling kabin.
Ruang Besar dengan 7-tempat duduk
Ruang dalaman yang luas merupakan salah satu faktor pelaris Serena S-HYBRID yang kuat dengan konfigurasi tempat duduk serba boleh yang dapat memuatkan 7 orang penumpang. Kerusi Kapten yang lebih selesa dipasang di baris kedua dan dilengkapi dengan tempat letak tangan individu dan pelarasan slaid lebih panjang. Penumpang di baris pertama dan baris kedua turut menikmati keselesaan unggul Tempat Duduk Graviti Sifar yang terbukti dapat mengurangkan keletihan dengan adanya postur badan yang neutral yang diilhamkan oleh kajian NASA.
Bahan berkualiti digunakan untuk memastikan keunggulan Serena S-HYBRID. Tempat duduk varian Premium Highway Star turut menerima kemasan mewah dengan kombinasi kulit Nappa bagi memberikan rasa dan penampilan yang mewah. Pelanggan boleh memilih sama ada warna coklat atau hitam untuk upholsteri.
Hiburan dalam perjalanan tersedia dengan sistem maklumat hibur 6-pembesar suara yang boleh diuruskan melalui maklumat hibur skrin sentuh 9 inci yang menampilkan paparan warna penuh premium baharu. Selain dari fungsi yang standard, terdapat juga sambungan Apple CarPlay dan Android Auto, membolehkan aplikasi kegemaran telefon pintar yang serasi dipindahkan ke panel paparan. Ini bermakna aplikasi navigasi seperti Google Maps atau Waze boleh dilihat dan diakses melalui skrin sentuh atau diaktif dengan suara.
Varian Premium Highway Star juga didatangkan dengan panel LCD 11.6 inci yang boleh dilipat ke bawah dari siling. Ini membolehkan penumpang baris belakang menikmati filem atau hiburan AV lain semasa dalam perjalanan. Bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang aktif dan tidak boleh duduk diam, ini pastinya amat berguna terutamanya untuk perjalanan jauh!
No Comment