VOTY / Anugerah / Pameran Motor

VOTY 2022 // Performance Crossover Of The Year – Lexus NX 350 F-Sport

Anugerah Vehicle Of The Year (VOTY) 2022

Lexus bukanlah jenama pertama yang terlintas di fikiran apabila bercakap tentang prestasi, namun ketika sesi pandu uji media yang diadakan di Sepang pada Mei lalu, NX 350 F-Sport membuktikan yang jenama itu sebenarnya mempunyai kepakaran untuk menghasilkan kenderaan yang berkebolehan dari segi dinamik.

Dengan platform GA-K yang lebih tegar dan rendah dan enjin turbo yang berkuasa, crossover mewah itu tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda ketidakstabilan apabila dilenjan di sekitar litar itu. Tambahan pula, bunyi enjin yang meresap masuk dalam kabin berjaya menambah keterujaan.

20220512_LexusNX0993

Apa yang penting, Lexus masih mengekalkan elemen-elemen mewah dengan NX generasi baharu ini. Papan pemuka tampil lebih kemas kerana jumlah butang fizikal telah dikurangkan secara signifikan, manakala tempat duduk baharunya bukan sahaja lembut dan selesa malah mampu memberikan sokongan yang baik ketika memandu.

NX 350 F-Sport dikuasakan oleh enjin turbo 2.4-liter empat silinder dengan 275 hp dan 430 Nm, manakala NX 250 Luxury pula mempunyai enjin NA 2.5-liter empat silinder yang menghasilkan 204 hp dan 243 Nm. Kedua-dua enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan.

20220512_LexusNX0067

Aspek keselamatan pula terdiri daripada Lexus Safety System Plus (LSS+) yang merangkumi Pre-Collision System (PCS), Lane Tracing Assist (LTA), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dengan fungsi Stop & Go dan Adaptive High-beam System (AHS). Turut disertakan adalah Road Sign (Assist), Panoramic View Monitor (PVM) dan Parking Brake Support (PKSB).

Turut disertakan adalah Road Sign Assist (RSA) yang boleh membaca had kelajuan, Panaromic View Monitor (PVM) dan Parking Brake Support (PKSB) yang boleh mengurangkan kuasa enjin dan mengenakan brek secara autonomi apabila perlu semasa kenderaan diparkir.

Crossover mewah ini ditawarkan dalam dua varian iaitu NX 350 F-Sport yang berharga RM389,888 dan NX 250 Luxury yang berharga RM370,888.

Tentang Anugerah Vehicle of the Year (VOTY):

Proses kami mudah dan telus.

Semua kereta yang dilancarkan dalam tempoh 12 bulan dari 2021 layak untuk dicalonkan dalam anugerah ini. Kami menghubungi semua syarikat kereta yang beroperasi di negara ini untuk meminta kenderaan untuk dipandu uji. Tiada yuran penyertaan dan syarikat tidak perlu membeli meja untuk majlis tersebut. Apa yang diperlukan adalah kereta baharu dan kebenaran untuk kami menilainya.

Kira-kira sebulan sebelum acara berlangsung, keempat-empat juri dari DSF.my dan gohedgostan.com (Daniel Sherman Fernandez, Ross Hadi, Subhash Nair dan Amirul Mukminin) membincangkan pemenang bagi setiap kategori. Juri hanya boleh mengundi kereta yang telah diuji. Mana-mana model yang mendapat majoriti mudah akan dipilih sebagai pemenang kategori masing-masing.

Penaja utama kami iaitu Allianz mengiktiraf integriti pasukan kami dan semua pihak yang terlibat dalam menentukan pemenang. Kami berharap anda menghargai usaha setiap pihak yang terlibat dan memberi maklum balas bagaimana anugerah ini boleh dimantapkan lagi pada masa akan datang.

Previous post

VOTY 2022 // Pickup Truck Of The Year – Mazda BT-50

Next post

VOTY 2022 // Executive Sedan Of The Year – Mercedes-Benz C-Class

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *