Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Anda Patut Melanggan Kereta EV Untuk Kereta Seterusnya

Berikut ialah beberapa sebab mengapa anda perlu melanggan EV baharu yang anda inginkan.

Kia Motors telah mencapai tonggak kejayaan baharu semalam dengan kerjasama mereka dengan Yinson GreenTech (YGT) dan Dinamikjaya Motors yang kini menjadi rakan kongsi langganan rasmi untuk Kia Electric Vehicles (EV) di Malaysia.

Acara dianjurkan di Kia Flagship 3S Centre yang serba baharu di mana jenama itu turut memperkenalkan pemenang anugerah Kia EV6 mereka yang dibalut dalam liveri YGT. Pelanggan yang melanggan kereta ini melalui YGT akan menerima keahlian chargEV percuma sepanjang tempoh pajakan.

Kini, bukan rahsia lagi bahawa terdapat beberapa kelemahan untuk memiliki EV di Malaysia. Sebab utama ramai yang masih enggan menukarkan kenderaan Enjin Pembakaran Dalaman/Internal Combustion Engine (ICE) mereka dan memandu EV harian ialah kekurangan infrastruktur pengecasan dan penggunaan am EV yang perlahan di sini.

Selain itu, melanggan kenderaan juga bermakna anda tidak memilikinya, anda membayar untuk tempoh langganan kemudian memulangkan kereta pada akhir tempoh dan, terpaksa membayar yuran yang sangat mahal sekiranya anda menamatkan langganan sebelum tamat perjanjian dan anda juga kena memandu dengan berhati-hati kerana terdapat sekatan perbatuan dan wear-and-tear yang perlu difikirkan.

Jadi dengan itu, siapalah yang mahu melanggan EV? Secara peribadi, kami rasa kebaikannya jauh mengatasi keburukan, terutamanya pada masa ini kerana ekonomi tidak menunjukkan tanda-tanda pemulihan dan ramai rakyat Malaysia perlu lebih berjimat berbanding sebelum ini.

Faedah utama melanggan EV ialah seseorang itu mampu memandu kereta yang lebih baik dengan perlindungan jaminan penuh dan bayaran pendahuluan yang lebih kecil dan juga mengelak daripada membayar untuk penyelenggaraan. Ini semua penjimatan.

Selain itu, dengan melanggan, kita mendapat akses kepada semua teknologi terbaharu, sepanjang masa. Memandangkan langganan hanya mengikut kepada jadual yang telah ditetapkan, anda bebas untuk melanggan kereta yang lebih baharu selepas tamat langganan dan mengulangi proses ini berkali-kali. Selain itu dengan melanggan EV, anda juga menjimatkan kos petrol dan kita semua tahu betapa mahalnya petrol sekarang.

Walau bagaimanapun, kami rasa sebab terbaik untuk melanggan EV adalah kerana secara keseluruhan ianya adalah pengalaman yang menenangkan. No stress. Masalah utama kenderaan ialah kesusutan nilainya, dan ia menyakitkan dompet kita apabila kita menjual kereta hanya untuk mendapat balik sebahagian kecil sahaja duit yang kita bayar untuknya. Ini adalah sebab utama kami lebih suka melanggan kerana tidak menyusahkan, sakit kepala mencari pembeli.

Previous post

Volkswagen Dan Maruti Meneroka Kemungkinan Perikatan Strategik

Next post

BMW M EV Baharu Memulakan Ujian

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *