Isuzu D-Max X-Terrain Ikon 4X4 Gaya Hidup KL Fashion Week 2022
Trak gaya mewah Isuzu D-Max X-Terrain menjadi tumpuan di acara fesyen terunggul KL Fashion Week 2022.
Dahulu kala, kita kenali Isuzu D-Maz sebagai trak utiliti yang kuat, teguh, boleh diharap, boleh dipercayai, tahan lama, tidak bermasalah, senang dan murah diselenggara. Ini boleh disahkan dengan jualannya yang tinggi sejak ia dilancarkan.
Dengan Isuzu D-Max serba baharu generasi ketiga, mereka terpaksa menilai semula pendekatan mereka perihal penampilan dan imej jenama mereka. Dengan perubahan citarasa pasaran dan pangkalan pelanggan yang semakin muda, berorientasikan gaya hidup dan dengan saingan mereka yang sudah mensasarkan segman pasaran yang mahukan trak pikap yang bukan saja boleh berkerja kuat tetapi juga bergaya dan selesa sambil membanting tulang.
Isuzu D-Max serba baharu ini telah berjaya mencuri perhatian ramai dengan gabungan intipati, kemewahan dan kemampuannya untuk tampil dengan penawaran menyeluruh yang lengkap dalam dunia trak pikap.
Jadi dengan itu, ianya 100% masuk akal untuk Isuzu D-Max berkolaborasi dengan ikon acara fesyen di Malaysia, KL Fashion Week.
Pencapaian sebagai pemenang pelbagai anugerah trak tahunan terbaik membuktikan kekuatannya sebagai ikon rekaan dan layak mendapat layanan karpet merah sebagai kenderaan rasmi KL Fashion Week (KLFW) 2022.
Tema KLFW 2022 tahun ini, “The Bigger, The Better” sangat bersesuaian dengan imej Isuzu D-Max generasi ketiga dan memperluaskan lagi dimensi pilihan bagi penggemar gaya hidup yang mencari kelainan yang berada di luar kebiasaan untuk memenuhi minat dan keperluan mereka.
“Dengan rekaan canggih, kelengkapan penuh serta kemampuan untuk melakukan apa jua di mana saja, Isuzu D-Max mencabar norma kebiasaan dan membolehkan anda mengukir memori tersendiri dengannya. Bersama KLFW, kami ingin membawakan rekaan imaginatif yang mengilhami ini selangkah lagi ke hadapan dan untuk dikongsi bersama khalayak,”
Kenkichi Sogo
Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia
Sebagai penaja Kenderaan Gaya Hidup Terulung untuk acara berkenaan, Isuzu D-Max X-Terrain mempamerkan identitinya yang tersendiri, suatu perkara yang telah menjadikannya sebuah kenderaan urban dengan daya tarikan tersendiri, lengkap dengan pelbagai kemampuan lain termasuk off-road.
Trak pikap ini berbangga dengan ciri canggihnya yang membantu memudahkan pengguna di bandar. Ini termasuklah peninjau 360-darjah, pengecas telefon tanpa wayar, sambungan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar serta ciri Sistem Bantuan Canggih Pemandu. Semua in membolehkan Isuzu D-Max X-Terrain mengubah tanggapan umum terhadap sebuah trak pikap dan menjadikannya kenderaan gaya hidup dalam persekitaran urban yang menawan.
Isuzu D-Max X-Terrain membuat penampilannya dalam acara KLFW tahun ini pada 15 hingga 21 Ogos 2022 di Pavilion Kuala Lumpur. Tiga unit Isuzu -Max X-Terrain telah dipamerkan di pusat ibu kota – unit dalam warna Valencia Orange yang mewakili sisi kembara menyeronokkan; unit Onyx Black yang menonjolkan sisi premium dan gayanya; dan juga unit Silky Pearl White yang mencerminkan kompleksiti dan kepintarannya. Kesemuanya telah paparkan di laluan pejalan kaki utama di pusat Kuala Lumpur, satu di ruang legar air pancut Pavilion, satu di laluan penghubung ke Quivio dan satu lagi di seberang jalan di hadapan Fahrenheit.
Untuk lagi kemaskini berkaitan KLFW, layari
https://www.facebook.com/ISUZU.DMax.Malaysia/
atau
No Comment