Jetour Dasheng Akan Dilancarkan Tidak Lama Lagi Di China Bermula Dari USD14,700
Adakah anda akan membeli SUV kompak sporty ini berbanding saingan jika ia dijual di sini?
Jetour adalah jenama automotif China dan baru sahaja mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan Jetour Dasheng mereka, SUV kompak sporty pada 8 September 2022. Kenderaan ini hanya akan dikeluarkan di pasaran kereta China. Pra-jualan bermula pada RMB99,000 hingga RMB131,000 iaitu kira-kira USD14,700 hingga USD19,400.
Jetour Dasheng ialah sebahagian daripada barisan kereta Jetour baharu yang secara khusus menyasarkan pembeli generasi muda dan nama kereta itu menggambarkannya kerana nama “Dasheng” boleh diterjemahkan secara kasar kepada “Great Sage”. The Great Sage ialah watak dari mitologi Cina “Journey To The West” dan digemari oleh masyarakat Cina.
Reka bentuk luaran juga mencerminkan sasaran Jetour Dasheng dengan reka bentuk lampu selisih dan gril tanpa bingkai yang kelihatan bersisik. Kereta itu juga menampilkan pemegang pintu pop-keluar yang nampaknya menjadi kegilaan ramai di China hari ini, dan roda aloi 20 inci.
Jetour Dasheng mempunyai ukuran 4,590/1,900/1,685mm dan jarak roda 2720mm dan lampu belakang berbentuk L terbalik. Perkataan “Jetour” dipaparkan dengan jelas di bahagian hadapan dan belakang kereta dan bahagian belakang juga mempunyai spoiler dengan lampu brek yang disepadukan ke dalamnya.
Bahagian dalaman Jetour Dasheng adalah ringkas dan minimalis, dengan skrin hiburan pusat 15.6 inci dan paparan pemandu digital 8 inci dengan Head Up Display (HUD) dan dilengkapi dengan autonomous driving assistance tahap 2 dengan cruise control dan lane changing assist.
Tempat duduknya kulit putih dan banyak elemen di bahagian dalam termasuk tempat letak tangan tengah juga disiapkan dengan warna putih. Sekiranya kereta ini datang ke Malaysia, saya harap warna dalaman boleh ditukar kerana biasalah bagi masyarakat kita, warna putih mudah kotor.
Jetour Dasheng juga mempunyai sunroof besar yang merentangi hampir keseluruhan bumbung kereta. Ia adalah satu keping kaca yang menyinari cahaya suria kepada kedua-dua penumpang barisan hadapan dan belakang.
Jetour Dasheng akan datang dalam kedua-dua pilihan Enjin Pembakaran Dalaman (ICE) dan Plug-In Hybrid Electric Vehicle (PHEV) dengan sama ada varian ICE 1.5l atau 1.6l yang dipasangkan dengan Dual Clutch Transmission (DCT) masing-masing 6-kelajuan atau 7-kelajuan dan enjin 1.5l dipasangkan dengan transmisi DHT 3-kelajuan. Versi ICE akan dilancarkan dahulu.
Enjin ICE 1.6l akan menghasilkan 197hp dan 290Nm tork manakala varian PHEV akan menghasilkan 326hp dan 565Nm tork puncak. Versi PHEV juga dikatakan mempunyai jarak elektrik tulen sejauh 100km dan kadar penggunaan bahan api 1L/100km. Butiran ini daripada CarNewsChina dan artikel penuh mereka dipautkan di sini.
Secara keseluruhannya, Jetour Dasheng kelihatan seperti pilihan yang sesuai denagan harganya, jadi adakah anda akan membelinya jika ia dijual di Malaysia?
No Comment