Bisnes

Tempahan Perodua Masih Kukuh Walaupun Dengan Cukai Jualan

Permintaan bagi kenderaan Perodua masih kukuh dengan 24,265 tempahan pada bulan Julai walaupun cukai jualan bagi kenderaan baharu diperkenalkan semula pada 1 Julai 2022.

Jualan Januari hingga Julai juga amat memberangsangkan dengan peningkatan sebanyak 48.7% kepada 145,689 unit berbanding 97,945 unit yang dijual pada jangkamasa sama pada tahun lepas.

YBhg-Dato-Zainal-Abidin-Ahmad-Perodua-President-CEO-6.0

“Terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan jualan ini. Faktor pertama disebabkan oleh  permintaan yang tinggi bagi kenderaan kami kerana pembeli ingin mendapat harga pelepasan cukai jualan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan.”

“Faktor kedua merupakan kesan penutupan hampir kesemua sektor pada bulan Jun hingga pertengahan Ogos 2021 bertujuan untuk membendung wabak Covid-19 pada masa itu,” Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata.

Beliau berkata bilangan tempahan kenderaan baharu, walaupun tidak setinggi prestasi Januari hingga Jun tahun ini, adalah lebih baik daripada apa yang dijangkakan. Tambahan beliau, ini membuktikan bahawa industri automotif masih ada potensi yang cerah.

Dato’ Sri Zainal berkata Perodua Alza Serba Baharu juga telah menerima tempahan yang tinggi. Secara keseluruhannya model baharu Perodua telah menerima tempahan sebanyak 39,000 sejak tempahan dibuka dan menerima sebanyak 9,000 unit pada bulan Julai.

Ketika pelancaran model ini, Dato’ Sri Zainal berkata Perodua mensasarkan jualan sebanyak 3,000 unit sebulan.

perodua-alza-2.0

“Walaupun angka jualan kami sehingga kini kukuh, namun masih lagi terdapat beberapa isu yang belum selesai seperti kekurangan tenaga kerja dan bekalan cip semikonduktor yang masih belum stabil.”

“Akibat daripada isu-isu ini, jualan bulanan kami merosot sebanyak 13.3% kepada 18,346 pada bulan Julai berbanding 21,164 kenderaan yang dijual pada bulan Jun lepas,” ujar Dato’ Sri Zainal.

Beliau berkata pihak Perodua sedang bekerja rapat dengan kerajaan untuk mengatasi isu kekurangan pekerja dalam sektor automotif pada awal Ogos ini dan dengan ini Perodua dapat beroperasi sepenuhnya.

“Manakala dalam isu kekurangan bekalan cip semikonduktor pula, kami telah mendapat bekalan secukupnya untuk kami mengeluarkan dan mendaftar lebih daripada 247,800 unit yang kami sasarkan pada awal tahun ini. Walaupun begitu, kami masih dalam usaha  menstabilkan peningkatan pengeluaran kami. Ini bermaksud kami hanya akan mengumumkan sasaran jualan baharu kami pada tarikh kemudian” kata Dato’ Sri Zainal.

Beliau berkata jumlah jualan industri automotif tahun ini juga berpotensi untuk melebihi sasaran 630,000 unit yang telah diumumkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) baru-baru ini.

“Hampir kesemua jenama kenderaan di negara ini menerima tempahan yang banyak kerana para pelanggan ingin mendapat initiatif pengecualian cukai jualan dan saya percaya industri automotif dapat melepasi unjuran tambahan 30,000 unit yang diumumkan oleh MAA,” Dato’ Sri Zainal berkata.

MAA telah meningkatan sasaran jualan tahun 2022 kepada 630,000 unit, peningkatan 30,000 unit daripada sasaran asal badan itu.

Previous post

Rakyat Malaysia Membuat Tempahan Kereta Berganda

Next post

Indonesia Jemput Chery Bincang Pelaburan Tenaga Baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *