Berita Auto

Mazda RX-4 Klasik Dijual di Australia Dengan Harga $150,000

Beberapa kereta edisi terhad ini ada dijual di Malaysia dahulu, di manakah semuanya sekarang agaknya?

Bagi mereka yang tidak kenal, Mazda RX-4 adalah salah satu jenama yang paling mewah dan coupe yang dicari-cari dari tahun 1970-an dan baru-baru ini salah satu daripada coupe yang menakjubkan ini telah dijual di Australia dengan harga $149,950 jadi jika anda mempunyai salah satu daripadanya di sini, di rumah, ia mungkin sudah tiba masanya untuk menjual mesin kesayangan anda itu.

Mazda RX-4 dikuasakan enjin twin rotary 1.2 liter “12a” yang digunakan dalam sports coupe RX-7 awal dan dipadankan dengan transmisi manual empat kelajuan. Transmisi sahaja menambah eksklusif kereta itu kerana kita semua tahu sebahagian besar kereta di jalan raya hari ini bertransmisi automatik.

Model tertentu dalam foto-foto ini siap dalam warna hijau permata yang menakjubkan adalah stok tulen dan dilaporkan dalam keadaan yang benar -benar asli siap dengan plastik pelindung hiasan asal Jepun yang membuat keadaannya lebih mint.

Mazda RX-4 ini juga direkodkan didaftarkan terakhir pada tahun 1985 di Jepun dan kemudian diimport ke Australia pada tahun 2003, satu perkara kecil yang perlu diambil perhatikan ialah walaupun penjual menawarkan tayar Bridgestone asal dengan kereta ini, ia dipasang dengan tayar Firestone di Australia.

Sekarang persoalan sebenarnya, adalah, ada atau tidak, kereta ini di Malaysia? Baik, jika ada, pemiliknya sudah lama buang keindahan yang jarang berlaku ini atau, mereka merahsiakan pemilikan kereta mereka ini seolah-olah ini adalah rahsia yang boleh membawa mereka kepada new world order jika mereka keluar nanti.

Jadi, katakanlah mungkin ada hanya satu atau dua unit Mazda RX-4 ini di Malaysia, di manakah mereka berada sekarang? Disimpan murni di dalam garaj rahsia atau koleksi bawah tanah? Atau mungkin ianya tertanam reput di dalam parit belakang rumah penuh dengan tumbuh-tumbuhan berpuluh tahun terbiar.

Classic Mazda RX-4 1.0

Kami berharap, walaupun kami bukan pengumpul kereta, jika ada unit Mazda Rx-4 di Malaysia, mereka memang disimpan murni dalam kotak besar, atau garaj atau mana-mana sahaja kerana ia akan mematahkan hati untuk melihat sebuah seni yang jarang ini terbiar dan terbuang macam sampah.

Adakah anda tahu tentang kewujudan sebuah Mazda RX-4 ini di Malaysia? Sekiranya anda sendiri yang memilikinya apakah yang anda akan lakukan dengannya? Jual sekarang ketika harganya melambung atau simpan dan pakainya sampai habis ketika dunia bertukar kepada kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya?

Terima kasih kepada Drive.com Australia untuk segala maklumat dan artikel penuh mereka dipautkan di sini.

Previous post

Langkah Berjaga-jaga Honda Malaysia Memanggil Balik Civic Dan City Hybrid

Next post

Teaser Honda Pilot Trailsport 2023 - Sayang Ia Hanya Untuk Amerika

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *