Motosikal / Skuter / Roda

Modenas Tawar Program Lanjutan Jaminan Untuk Model Terpilih

Kebanyakan motosikal Modenas kini mempunyai perlindungan jaminan tambahan selama 2 tahun/85,000km.

Modenas telah memperkenalkan program lanjutan jaminan baharu (“EW”), yang merangkumi lindungan model terpilihnya sehingga tambahan 2 tahun atau 85,000KM (yang mana terdahulu) untuk model yang dijual dan didaftarkan mulai 1 September 2022 dan seterusnya.

Modenas Allianz IMG_0111

Jaminan pihak ketiga pilihan ini ditawarkan melalui Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad yang juga akan menyediakan perkhidmatan tunda. Ia meliputi kegagalan motosikal secara tiba-tiba dan yang tidak dijangka bagi komponen mekanikal dan elektrik yang dipasang di kilang.

Modenas Allianz IMG_0114

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz, Sean Wang berkata, “Sebagai syarikat insuran, tumpuan kami adalah untuk berada bersama pelanggan dan memberikan perhatian yang positif ketika mereka memerlukan, dan lebih-lebih lagi apabila kebanyakkan isi rumah di Malaysia pada masa kini terkesan dari segi kewangan akibat dari peningkatan kos. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan MODENAS menerusi program “EW” ini yang menawarkan perkhidmatan yang cepat, mudah dan lancar dari segi penyelenggaraan dan baikpulih. Selain itu, program ini juga berfungsi sebagai pengesahan rekod prestasi Allianz General sebagai syarikat insuran yang dipercayai dan memberikan khidmat terbaik untuk pelanggannya.”

Berikut adalah senarai motosikal Modenas yang dilindungi di bawah program “EW”:

  • Kriss 110
  • Karisma 125S
  • Elegan 250
  • Pulsar RS200
  • Pulsar NS200
  • Dominar D400
Modenas Allianz IMG_0123

Beberapa ciri-ciri penting yang ditawarkan di bawah Program MODENAS “EW” termasuk:

  • 24/jam, 365 hari “Roadside Breakdown Assistance” (RBA).
  • RBA” menawarkan perkhidmatan tunda ke pusat servis sah MODENAS yang terdekat dalam radius 100km.
  • Pindah ilik sepenuhnya atas jualan semula motosikal.
  • Menawarkan nilai jualan semula yang lebih baik untuk motosikal.
  • Penggunaan alat ganti MODENAS tulen: lebih dari 30,000 alat ganti yang disertakan dengan waranti perbatuan tanpa had selama 2 tahun.

SIARAN MEDIA

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), anak syarikat DRB-HICOM Berhad, memperkenalkan program lanjutan jaminan baharu (“EW”), yang merangkumi liputan model terpilihnya sehingga tambahan 2 tahun atau 85,000KM (yang mana dahulu) untuk model yang dijual dan didaftarkan mulai 1 September 2022 dan seterusnya.

Program “EW” ialah pilihan jaminan pihak ketiga, yang ditawarkan oleh rakan kongsi insurans MODENAS, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad (“Allianz General”) yang berfungsi sebagai penyedia program “EW” dan Allianz Partners Malaysia (“APM”) yang akan menyediakan khidmat tunda. Program “EW” meliputi kerosakan motosikal yang tidak dijangka bagi semua komponen mekanikal dan elektrikal.

Modenas Allianz IMG_0103

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Partners Malaysia Elias Wahidi berkata, “Kami gembira kerana MODENAS telah memilih APM untuk menyediakan perkhidmatan “EW”. Ini akan memberikan impak yang positif kepada pelanggan MODENAS apabila membuat keputusan pembelian, kerana mereka tahu motosikal tersebut dilindungi dengan jaminan tambahan. Kami sangat berharap untuk membangunkan perkongsian ini dengan MODENAS serta memberi pelindungan kepada pelanggan mereka. Selain itu, kami yakin perkongsian ini akan membantu merangsang kualiti motosikal MODENAS pada tahun-tahun akan datang.”

Modenas Allianz IMG_0098

“Jika anda mahukan perlindungan yang lebih daripada apa yang ditawarkan oleh MODENAS, anda mungkin akan mempertimbangkan program “EW” di mana ia menawarkan perlindungan pelbagai peringkat yang bersesuaian dengan keperluan motosikal anda. Program “EW” melindungi motosikal daripada kos baikpulih yang tinggi akibat kerosakan mekanikal dan elektrikal. Selain itu, motosikal anda semestinya akan menggunaan alat ganti MODENAS yang tulen”, kata Roslan Roskan, Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS.

Dengan peningkatan permintaan untuk menyelenggara dan baikpulih motosikal yang boleh menelan belanja sebanyak satu perlima daripada harga asal, Syarikat menyediakan pilihan tambahan untuk pelanggan kami seperti program “EW” ini untuk mengelakkan kos pembaikan yang tidak dijangka. Tambahan pula, pertumbuhan industri motosikal juga dibantu oleh lanjutan jaminan yang ditawarkan oleh pengeluar, yang memastikan produk itu dilindungi walaupun telah bertukar kepada pemilik baharu, tambah Roslan.

Modenas Allianz IMG_0126

Untuk pertanyaan, pelanggan yang berminat boleh menghubungi Talian Bebas Tol MODENAS di

1-800-880-181 atau WhatsApp Careline kami di 019-570 8135 atau pusat servis MODENAS yang mengambil bahagian.

Previous post

Ekonomi Merosot Tetapi Pendaftaran Ogos Perodua Meningkat 42%

Next post

Beginilah Kemungkinan Rupa Alfa Romeo Spider

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *