Konsep Body Kit Mitsubishi Xpander Mendapat Perhatian Ramai
Kami diberi peluang merasa dan memandu Mitsubishi Xpander yang lain daripada yang lain ini yang telah dilengkapi dengan konsep body kit oleh Speedline Industries.
Kami juga ditugaskan untuk memantau reaksi orang ramai kepada Mitsubishi Xpander Sportline Special Edition ini dengan body kit Speedline Industries dan sukacita dimaklumkan bahawa ramai yang teruja dengannya. Kemana jua kami pergi ramai yang melakukan double-take. Mereka mulanya tidak perasan yang kereta itu ialah Xpander.
Apa yang ditonjolkan di sini tidak atau belum dijual dan ianya hanya sebuah kereta pameran dengan perbagai modifikasi luaran sahaja.
Jadi, adakah body kit kereta ini akan dijual sebagai pilihan dari Mitsubishi atau dijual oleh peniaga aftermarket?
Kita sudah kenal dengan Mitsubishi Xpander. Ianya adalah MPV 7 tempat duduk paling laris Malaysia dan juga Asean. Ianya adalah sebuah kereta yang hebat yang kelihatan hebat walaupun ianya sebuah kereta keluarga dan sudah menjadi lumrahnya bahawa semua pemilik kereta akan selalu berpendapat bahawa penampilan kereta mereka boleh ditambahbaik, boleh ditambah sportier dan XPANDER Motorsports Mod Body Kit ini sudah pasti akan melakukannya.
Berapa sportikah mod ini akan menjadikan Xpander anda? Senarai barangannya adalah seperti berikut:
Di bahagian hadapan, terdapat sejumlah 9 barangan yang terdiri daripada 2 bonnet inlets, grille, front lip set, front diffuser set, 2 bottom air intakes, 2 headlamp garnish covers, carbon roof vent, 2 bonnet pins (tidak pada test car kami) dan front custom lamp pod set (tidak pada test car kami).
Walaupun itu sudah mencukupi untuk meningkatkan sportiness Xpander anda dengan ketara tetapi, ada lagi! Di bahagian tepi, ada 4 lagi mod dan ia adalah 2 skirt tepi baharu (kiri kanan), 2 cermin tepi baru, 2 fender lebar kerana lebih lebar adalah lebih baik dan motorsport wheel baharu dengan 2 pilihan, 15 atau 18 inci.
Semua ini memang nampak bagus, tetapi Xpander anda boleh kelihatan lebih baik dan di sinilah dua mod belakang disertakan yang termasuk spoiler sayap belakang baharu dan diffuser belakang baharu.
Itu benar-benar melengkapkan rupa mana-mana Xpander dan menukarkannya daripada MPV keluarga kepada “cool dad’s car,” dan siapa yang tidak mahu dikenali sebagai seorang yang cool … kan?
Sememangnya, bodykit dan mod bukan untuk semua orang tetapi mod Xpander ini memberikan ‘keterujaan’ baharu kepada kenderaan keluarga yang popular ini dan kami pasti akan ada ramai pemilik Xpander semasa dan akan datang yang ingin mengambil semua barangan ini sebagai satu pakej jika ia ditawarkan oleh Mitsubishi Malaysia.
Sebagai alternatif, Mitsubishi boleh juga menawarkan mod ini sebagai pilihan tambahan tersendiri. Kita perlu tunggu dan lihat. Ingat, ini hanya konsep buat masa ini dan bukan untuk dijual tetapi jika artikel dan video tentangnya viral, kita mungkin dapat melihat mod ini pada Mitsubishi Xpander di atas jalan tidak lama lagi.
Harganya masih belum ditentukan.
No Comment