Malaysia Berjaya Masuk Separuh Akhir Hot Wheels Legends Tour Global
Netizen Malaysia berjaya mengundi masuk wakil negara dengan Proton Suprima S customized ke peringkat separuh akhir Peraduan Hot Wheels ini.
Hot Wheels Legends Tour dengan kerjasama Art of Speed Malaysia kembali untuk tahun ketiga dan tahun ini, William Chong, seorang juruteknik trak treler dari Nilai, Negeri Sembilan, mencipta sejarah apabila menjadi perserta pertama Malaysia dengan Proton Suprima S yang diubahsuainya untuk mewakili budaya kereta tempatan di pentas global ini.
Tahun ini, Hot Wheels Legends Tour sedang mencari kereta custom yang layak diabadikan sebagai kenderaan die-cast Hot Wheels skala 1:64 yang tersedia untuk dijual di lebih 150 negara di seluruh dunia dan dinilai oleh pereka Hot Wheels Bryan Benedict, Pengarah Reka Bentuk Kenderaan Die-Cast.
Beliau disertai oleh hakimn lain termasuk Brendon Vetuskey, pereka utama kenderaan Hot Wheels Monster Trucks dan Red Line Club serta Tengku Djan, DEV JBC dan Ahirine Ahirudin. Penyertaan dinilai berdasarkan Keaslian, penjelmaan Kreativiti Hot Wheels, dan sikap “dibina tidak dibeli”.
Bryan Benedict berkata, “Saya teruja melihat budaya kereta unik yang terdapat di Malaysia. Terdapat jenama unik seperti Proton dan Perodua yang tidak kita lihat di AS dan terdapat pengubahsuaian unik yang dilakukan yang saya rasa sangat menarik. Ia dilakukan dengan cara yang unik yang sememangnya Malaysia dan saya suka itu.”
Bryan Benedict berkata, “Saya teruja melihat budaya kereta unik yang terdapat di Malaysia. Terdapat jenama unik seperti Proton dan Perodua yang tidak kita lihat di AS dan terdapat pengubahsuaian unik yang dilakukan yang saya rasa sangat menarik. Ia dilakukan dengan cara yang unik yang sememangnya Malaysia dan saya suka itu.”
William Chong juga berkata, “Saya tidak percaya kereta saya (telah) dipilih untuk mewakili Malaysia di Separuh Akhir Global Jelajah Hot Wheels Legends. Satu penghormatan! Saya telah mencurahkan diri saya sepenuhnya ke dalam binaan ini dan mendengar bahawa para hakim berpendapat ia cool dan unik adalah perasaan yang hebat. Saya harap saya boleh membanggakan Malaysia!”
Selain itu, sebagai pemenang pertandingan Malaysia, Suprima William akan bertanding dalam Separuh Akhir Hot Wheels Legends Virtual Global pada 11 November 2022 di mana William perlu bertanding dengan pemenang lain dari seluruh dunia di Global Grand Final pada 13 November 2022.
Warga netizen Malaysia sekali lagi diminta menyokong William Chong dan Proton Suprima S 2015 sekali lagi, jangan lupa untuk menonton strim langsung di pautan ini di sini pada 11 November 2022 jam 9 pagi untuk menjadi sebahagian daripada aksi tersebut.
No Comment