PDRM Melancarkan Sekatan Jalan Raya Bagi Mengekalkan Ketenteraman Awam
Berhati-hati dengan sekatan jalan raya yang dilaksanakan oleh PDRM di daerah anda.
Sudah lima hari sejak keputusan pilihan raya yang menyaksikan parlimen tergantung untuk Malaysia. Akhirnya, Perdana Menteri yang ke 10 baru saja dilantik dan kerajaan baharu akan dilantik tidak lama lagi. Ketika ahli politik berbincang dan memutuskan hala tuju negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meningkatkan kehadiran mereka demi mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam. Salah satu strategi yang mereka sedang laksanakan sekatan jalan raya (SJR) di lokasi strategik di setiap daerah di seluruh negara. Ini menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan awal pada 23 November 2022 oleh Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.
Sekatan jalan raya ini akan dikawal sepanjang masa untuk meningkatkan kehadiran atau ‘Omnipresence’ PDRM. Bagaimanapun, PDRM akan memastikan tiada sekatan jalan raya akan dikuatkuasakan pada waktu puncak dan pada waktu siang. Ini bagi memastikan orang ramai tidak terganggu dengan trafik yang lebih sesak daripada biasa. Pada waktu luar puncak, orang ramai diminta memberi kerjasama kepada polis semasa sekatan jalan raya yang dilalui. PDRM mengulangi bahawa orang ramai tidak perlu bimbang kerana keselamatan berada pada tahap yang tinggi sepanjang kemelut politik ini.
Kami berpendapat ini adalah langkah proaktif yang terbaik oleh PDRM ketika masa yang tidak mencabar ini. Majoriti rakyat Malaysia cintakan keamanan dan hormat-menghormati antara satu sam alain tetapi sentiasa ada mereka di pinggiran yang mudah terpengaruh oleh pemikiran ekstremis di kedua-dua belah spektrum politik. Peningkatan kehadiran polis akan menjadi penghalang yang baik kepada sesiapa yang merancang untuk mencetuskan ketidakharmonian dalam negara kita yang tercinta ini.
Berikut adalah kenyataan media PDRM dengan lebih maklumat.
SIARAN MEDIA
BERMULA 22 NOVEMBER 2022 SEHINGGA SATU MASA DITETAPKAN, PDRM AKAN MELANCARKAN SEKATAN JALAN RAYA (SJR) DI LOKASLLOKASI STRATEGIK DI SETIAP DAERAH, DI SELURUH NEGARA SECARA PENUGASAN 24 JAM.
LANGKAH MENDIRIKAN SUR INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA USAHA PDRM MENCEGAH JENAYAH MELALUI PENINGKATAN TAHAP OMNIPRESENCE BAGI MENJAMIN TAHAP KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM. DEMI KESELESAAN PENGGUNA JALAN RAYA DAN KELANCARAN LALU LINTAS, TIADA HALANGAN SUR AKAN DIJALANKAN PADA WAKTU PUNCAK / SIANG HARI. ORANG
RAMAI DIMINTA MEMBERIKAN KERJASAMA DALAM MEMATUHI ARAHAN YANG DIBERIKAN KETIKA MELALUI SJR, TERUTAMANYA DI LUAR WAKTU PUNCAK MASYARAKAT TIDAK PERLU BIMBANG UNTUK MENJALANKAN AKTIVITI HARIAN KERANA PDRM MEMBERI JAMINAN BAHAWA TAHAP KESELAMATAN ADALAH TERKAWAL
No Comment