Bisnes

Sime Darby Auto Connexion Buka Dealership Ford Kota Kinabalu

Pengedar Ford baharu di Kota Kinabalu ini adalah yang ke-7 di Malaysia Timur, tepat pada masanya untuk Ranger baharu.

Ford Ranger generasi baharu sudah tiba dan kini rakyat Sabah mempunyai satu lagi sebab untuk berasa excited kerana Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar rasmi Ford di Malaysia, telah merasmikan pengedar Ford ke-36 negara dan ia terletak di Hab Auto Inanam, Kota Kinabalu.

Turse Zuhair, Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, berkata, “Kami berbesar hati untuk terus meluaskan jejak kami di Malaysia Timur. Sebagai pasaran trak pikap ketiga terbesar di Malaysia, kami bersedia untuk memanfaatkan prospek untuk menarik lebih ramai pelanggan di Sabah. Kami dengan sukacita melantik Boston Auto sebagai wakil pengedar baharu yang akan membolehkan kami meluaskan capaian kepada kenderaan Ford bertaraf dunia dan perkhidmatan lengkap khidmat servis yang kami tawarkan, dalam usaha menyediakan pengalaman terbaik bagi pelanggan di Sabah.”

Pusat pengedar baharu ini meliputi kawasan binaan seluas 20,000 kaki persegi dengan bilik pameran yang boleh memuatkan empat kenderaan dan lapan ruang servis, pusat ini dikendalikan oleh pasukan berdedikasi dengan lebih daripada 30 kakitangan.

Berikut ialah siaran media Ford Malaysia dengan lebih maklumat.

SIARAN MEDIA

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar eksklusif kenderaan Ford di Malaysia, terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran di Kota Kinabalu. Berikutan pelancaran Ford Ranger Generasi Akan Datang yang amat dinanti-nantikan di Sabah, SDAC kini mengembangkan sayapnya dengan pembukaan rasmi pusat wakil pengedar terbaharunya, Ford Kota Kinabalu, Inanam, Boston Auto Sdn Bhd, yang merupakan pusat ketujuh SDAC di Malaysia Timur.  

Ford Kota Kinabalu, Inanam, Boston Auto Sdn Bhd terletak di persimpangan Jalan Burung Selingkir, Jalan Pintasan Tuaran, Inanam 88450, Kota Kinabalu. Bilik pameran ini beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, dan dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari pada hujung minggu termasuk cuti umum. Sementara itu, waktu pembukaan pusat servis ialah dari jam 8 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat dan dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengahari pada hari Sabtu, kecuali Ahad dan cuti umum. Pusat pengedar terbaharu ini merupakan kemudahan SDAC ke-36 di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai SDAC and Ford, ikuti Ford Malaysia di FacebookInstagramTwitter atau YouTube, atau kunjungi www.sdacford.com.my.

Previous post

Subaru Forester Dengan EyeSight 4.0 Dilancarkan Di Thailand

Next post

Fakta Model Toyota Prius 2023 Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *