Sukan

18 Tahun Hayden Haikal Mungkin Menjuarai Kejohanan Pertamanya

Hayden Haikal menghadapi hujung minggu yang mencabar, tetapi dia boleh membawa pulang emas pada usia 18 tahun.

Hayden Haikal, 18 tahun, telah menunjukkan banyak potensi di peringkat tempatan, setelah memenangi Super Sporting Class untuk Vios Challenge dan menduduki tempat kedua pada perlumbaan S1K baru-baru ini. Kini, pelumba muda Malaysia itu berpeluang menjulang kemenangan antarabangsa untuk negara dan dirinya . Hujung minggu ini, dia akan bertanding dalam siri Super Eco Thailand di Buriram.

Hayden Haikal kini berada di tempat ke-2 dalam kejuaraan dan hanya 20 mata di belakang Na Dol Vatanatham. Kedua-dua Haikal dan Vatanatham telah sama-sama dominan, jadi ia mungkin turun ke margin terdekat. Hayden Haikal akan menjadi satu-satunya pemandu bukan Thai dalam grid 23 pemandu pada Sabtu dan Ahad ini.

Dua pusingan terakhir siri Super Eco Thailand terdiri daripada 2 perlumbaan 12 pusingan pada hujung minggu.

Berikut ialah siaran media dengan maklumat lanjut tentang pengalaman Hayden Haikal di siri Super Eco Thailand tahun ini.

MEDIA RELEASE

Pelumba muda Negara Hayden Haikal akan bersaing di perlumbaan Thailand Super Eco di Litar
Antarabangsa Buriram Chang bagi mengejar kejuaraan antarabangsanya yang pertama.

Anak muda yang berusia 18 tahun ini yang telah meraih dua kemenangan dan menduduki tempat ketiga
sebanyak tiga kali selepas enam perlumbaan dan kini berada di kedudukan kedua keseluruhan di dalam
kejuaraan tersebut. Beliau hanya 20 mata dibelakang pelumba Thai Na Dol Vatanatham yang
mengumpul 105 mata.

Prestasi dan keputusan perlumbaan kedua-dua pelumba hampir sama namun Vatanatham mempunyai
kelebihan satu kemenangan manakala Hayden gagal memperolehi sebarang mata selepas Honda Brio
yang dipandunya mengalami masalah teknikal di pusingan kedua kejuaraan tersebut.

“Dari segi kiraan mata saya mempunyai peluang yang baik untuk bersaing memenangi kejuaraan
keseluruhan Thailand Super Eco tetapi ini bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi berdepan
dengan saingan yang begitu hebat. Saya akan menumpukan fokus sepenuhnya kepada kedua-dua
perlumbaan hujung minggu ini,” kata Hayden yang berazam membawa balik kejuaraan keseluruhan
namun mengakui akan tetap berpuas hati sekiranya habis ditempat kedua memandangkan ini kali
pertama beliau bersaing di perlumbaan antarabangsa.

Dua pusingan terakhir perlumbaan Thailand Super Eco melibatkan dua perlumbaan berasingan sebanyak
12 pusingan pada hari Sabtu dan Ahad (10 dan 11 Disember). Seramai 23 pelumba akan bersaing dan
Hayden merupakan satu-satunya wakil pelumba asing yang menyertai.

Walaupun berlumba di Thailand untuk kali pertama, prestasi Hayden begitu menyerlah apabila beliau
secara konsisten menghabiskan setiap perlumbaan di tiga tempat teratas. Perlumbaan Thailand Super
Eco diadakan di litar jalan raya khas Bangsaen dan juga di Litar Antarabangsa Buriram Chang.

Berbekalkan pengalaman lima tahun berlumba di kejuaraan Vios Challenge di Malaysia, Hayden
bagaimanapun tidak gentar apabila beliau memenangi tempat kedua pada perlumbaan pertama beliau
di litar jalan raya Bangsaen pada bulan Jun.

Secara keseluruhan tahun ini turut membawa banyak kejayaan kepada Hayden yang turut bergelar juara
keseluruhan kategori Super Sporting bagi pelumba-pelumba profesional di dalam Kejuaraan Vios
Challenge, dan baru-baru ini menghabiskan perlumbaan Sepang 1000KM di tempat kedua keseluruhan.

“Saya tidak sangka yang saya akan berada diposisi untuk bersaing untuk kejuaraan keseluruhan Thailand
Super Eco. Tujuan asal saya berlumba di Thailand adalah sekadar mencari pengalaman yang dapat saya
gunakan untuk terus berkembang sebagai seorang pelumba.”

THAILAND SUPER ECO – Jadual Perlumbaan
Sabtu, 10 Disember 2022
2.30 pm – 3.00 pm (Waktu Malaysia)
Ahad, 11 Disember 2022
9.55 am – 10.25 am (Waktu Malaysian)

Saksikan perlumbaan yang akan disiarkan secara langsung di laman Facebook dan Youtube
Thailand Super Series atau di laman web www.thailandsuperseries.net

Tags: HaydenHayden HaikalThailand Super Eco Series

Previous post

Proton Raikan Enjin 1.5 TGDI ke-10,000 Mereka

Next post

BYD Atto 3 Akhirnya Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *