Uncategorized

Jualan Gudang Motosikal Dan Aksesori Untuk Motosikal Idaman Anda?

Di mana? Di Big Bike Warehouse Malaysia yang akan kembali semula pada Disember ini untuk edisi yang ke-3nya.

Kali ini Big Bike Warehouse Malaysia termasuk jenama motosikal utama seperti Harley-Davidson, Royal Enfield, Aprilia, Moto Guzzi, Vespa semuanya di bawah satu bumbung yang menawarkan pelbagai pakej hebat dan tawaran akhir tahun.

Royal-Enfield-Scram-114-9.5

Terletak di tengah-tengah Petaling Jaya, Jualan Gudang ini akan dianjurkan di halaman Pacific Towers, Petaling Jaya.

Selain daripada motosikal terdapat juga pelbagai aksesori dari Zeus, HJC, Astone, Hypergear, Ipone dan banyak lagi.

Khusus untuk Big Bike Warehouse hujung minggu ini, semua motosikal 250cc ke atas akan mendapat tawaran istimewa untuk memiliki Bike Warrior Road Side Assistance selama 2 tahun. Setiap jenama yang mengambil bahagian juga akan mempunyai model tawaran akhir tahun khusus untuk masa yang terhad sahaja!

Vespa Sprint S 150 Papan Pemuka TFT

Jika anda minat motosikal, jangan lepaskan peluang untuk meneliti pelbagai model dan jenama motosikal dengan lebih dekat di satu tempat, di bawah satu bumbung.

Sila lawati tapak pameran Big Bike Warehouse di Pacific Towers Petaling Jaya dari 9 hingga 11 Disember 2022 dari 10 pagi – 6 petang.

Previous post

Adakah Daihatsu Canbus Baharu Ini Perodua Kenari Yang Seterusnya?

Next post

Proton Raikan Enjin 1.5 TGDI ke-10,000 Mereka

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *