Bisnes

Jualan Perodua Naik 23% Pada Januari 2023

Di acara pandu uji Axia Media pagi tadi Perodua mengumumkan bahawa mereka telah meneruskan tumpuan mereka kepada pengeluaran dan penghantaran maksimum pada Januari 2023 dan susulan itu jualan mereka melonjak 23% kepada 21,449 unit yang didaftarkan berbanding 17,444 unit pada bulan pertama 2022.

Perodua berjaya menghasilkan 24,590 unit pada Januari tahun ini, peningkatan sebanyak 40.2% daripada 17,538 unit yang dikeluarkan pada Januari 2022.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad,

Perodua-Axia-Media-Reveal-IMG_9949-Large

“Penting untuk dinyatakan  bahawa pada Januari tahun lepas (2022) telah berlakunya banjir, kekurangan bekalan cip semikonduktor, isu tenaga kerja dan kekurangan alat ganti lain – yang telah menghalang pengeluaran dan jualan.

“Namun demikian, peningkatan dalam volume bagi kedua-dua pengeluaran dan jualan telah menunjukkan bahawa ekosistem sedang berjalan seperti yang dirancang,”

Beliau berkata bahawa Perodua kekal komited kepada matlamat penghantaran kenderaan kepada para pelanggannya secepat mungkin tanpa menjejaskan kualiti atau keselamatan.

Dalam acara berasingan yang berlangsung pada 31 Januari 2023, Dato’ Sri Zainal telah berkongsi bahawa Perodua mensasarkan untuk mendaftar 314,000 unit dan mengeluarkan 330,000 unit untuk keseluruhan tahun 2023.

“Selain memberi tumpuan untuk menyelesaikan pesanan tertunggak, kami juga akan melancarkan Perodua Axia Serba Baharu tidak lama lagi untuk terus mengujakan pasaran. Kami percaya cadangan nilai kami akan diterima baik oleh rakyat Malaysia,” katanya.

Mengenai Perodua Axia Serba Baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, Dato’ Sri Zainal berkata syarikat itu telah menukar hampir semua tempahan terdahulu model Axia semasa kepada model yang baharu. Tempah di sini.

“Penasihat jualan kami telah menghubungi para pelanggan untuk memaklumkan mengenai pertukaran Perodua Axia Serba Baharu dan kebanyakan mereka bersetuju untuk menukar kepada model baharu tersebut,” katanya.

Previous post

Ferrari Serah 13,221 Kereta Catat Rekod Jualan Baharu Pada 2022

Next post

Shell FuelSave 95 Baharu Membawa Anda Lebih Jauh

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *