Langganan Tesla Model 3 Bermula Pada Hanya AS$399 Di Amerika
Tesla Model 3 kini tersedia untuk dilanggan pada hanya $399 sebulan… di AS. Kalau ini ditawarkan di Malaysia ia pasti laku macam goreng pisang atau tidak?
Walaupun tidak mempunyai sokongan pengilang di Malaysia, kenderaan Tesla kekal sebagai kenderaan yang paling diingini di sini oleh ramai peminat EV baru. Carian pantas dalam talian akan mendedahkan bahawa walaupun kereta paling murah syarikat itu, Model 3 berharga lebih RM200,000 apabila dibawa masuk oleh pengimport selari. Itu menunjukkan masyarakat yang mampu beli Malaysia bersedia untuk membelanjakan banyak wang untuk kenderaan elektrik Amerika ini.
RM200,000 selama tempoh pinjaman 5 tahun dengan kadar faedah 3.5% dan bayaran pendahuluan RM20,000 menjadikannya kira-kira RM3,525 sebulan. Ya, anda boleh memanjangkan pinjaman lebih lama, tetapi mari kita ambil anggaran konservatif untuk pembeli yang menyedari bahawa julat kereta itu mungkin tidak begitu baik selepas 5 tahun digunakan. Itu adalah jumlah wang tunai yang cukup besar untuk diletakkan pada kereta yang tidak mempunyai jaminan dan kepakaran selepas jualan tempatan.
Sekarang mari kita lihat apa yang Tesla telah lakukan untuk meningkatkan permintaan di Amerika Syarikat baru minggu lalu. Syarikat itu telah melancarkan pelan langganan baharu untuk Model 3 sempena dengan penurunan harga kenderaan mereka secara menyeluruh. Model 3 asas dengan pacuan roda belakang kini tersedia untuk Amerika pada harga hanya AS$399 sebulan jika dilanggan. Itu kira-kira hanya RM1,700 sebulan, hampir separuh daripada apa yang kita dijangkakan kita kena bayar apabila membeli di pasaran kelabu!
Sebenarnya perbandingan itu tidak begitu adil. Pakej langganan AS$399 adalah untuk model asas dengan pacuan roda belakang, roda 18″, kulit sintetik hitam dan cat putih. Kebanyakan unit pasaran kelabu yang kami temui di sini ialah model pacuan semua roda dengan spesifikasi dan warna yang lebih atas. Satu lagi sebab perbandingan itu tidak adil adalah kerana AS$399/bulan bukan jumlah sepenuhnya yang pelanggan Amerika kena bayar. Inside EVs melaporkan bahawa terdapat juga bayaran pendahuluan AS$4,500 (kira-kira RM19,000, hampir sama dengan bayaran pendahuluan pinjaman yang kami temui di sini) dan yuran pemerolehan AS$695. Perlu diingatkan juga bahawa langganan mempunyai syarat-syarat mereka yang tersediri.
Dua syarat penting yang perlu diambil perhatian ialah langganan hanya membenarkan 10,000 batu (kira-kira 16,000km) perbatuan tahunan. Tempoh langganan juga terhad kepada hanya 3 tahun, selepas itu Model 3 kembali kepada Tesla melainkan ia boleh diperbaharui pada harga baharu.
Terus terang, ianya tidaklah teruk sangat. Anda tidak perlu risau tentang susut nilai atau apa yang perlu dilakukan kepada kenderaan elektrik anda apabila baterinya rosak. Kebanyakan masyarakat Malaysia tidak akan melepaskan peluang untuk ‘melanggan’ Tesla Model 3 dengan harga kurang daripada RM2,000. Buat masa ini, perkhidmatan langganan kereta Flux mempunyai Model 3 Jarak Jauh yang berharga RM7,705 sebulan untuk langganan 5 tahun.
No Comment