Shell FuelSave 95 Baharu Membawa Anda Lebih Jauh
Bolehkah anda pergi lebih jauh dengan pilihan minyak yang betul? Menurut Shell Malaysia, boleh. Mereka telah memperkenalkan Shell FuelSave 95 baharu, yang kini, kata mereka, memberikan sehingga 15 kilometer (KM) lebih jauh bagi setiap tangki penuh.
Menurut Shell Malaysia, hasil usaha penyelidikan dan pengujian selama lebih 5 tahun oleh 150 saintis bahan api telah membawa kepada pelancaran bahan api generasi baru ini, yang lebih baik. Dengan formulasi terkini, Shell FuelSave 95 baharu kini:
- Memberikan sehingga 15KM lebih jauh dengan setiap tangki, agar anda dapat menikmati perjalanan yang lebih jauh.
- Pembersihan secara mendalam untuk enjin yang lebih bersih – Shell FuelSave 95 baharu kini dengan teknologi sasaran deposit dapat membersih dengan lebih mendalam berbanding sebelumnya.
- Perlindungan jauh lebih baik untuk semua jenis enjin – Shell FuelSave 95 baharu melindungi semua jenis enjin daripada hakisan dan pembentukan deposit baru.
- Dicipta untuk teknologi baharu dan lama – Shell FuelSave 95 baharu melindungi bahagian kritikal enjin sama ada berteknologi lama, baharu atau hibrid.
Sejauh mana 15KM? 15KM lebih jauh merupakan jarak Jambatan Pulau Pinang yang pertama. 15KM lebih jauh adalah seperti kita menyeberangi tambak Johor ke Singapura sebanyak 14 kali.
Semasa majlis pelancaran, Shell turut melancarkan ‘Shell FuelSave 95 Challenge 2023’. ‘Shell FuelSave 95 Challenge’ merupakan pencarian seorang rakyat Malaysia yang dapat merekodkan penjimatan bahan api yang terbaik menggunakan Shell FuelSave 95 baharu. Pemenang utama akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000.
Mulai 1 Mac sehingga 30 April, bersama VISA dan BonusLink, 150 rakyat Malaysia berpeluang memenangi minyak percuma selama 15 bulan apabila mereka mengisi RM50 Shell FuelSave 95 baharu.
Pelancaran ‘Shell FuelSave 95 baharu kini sehingga 15KM lebih jauh dengan setiap tangki merupakan permulaan yang signifikan kepada tawaran penyelesaian mobiliti ternyata lebih jauh daripada Shell untuk para pelanggan mereka pada tahun 2023.
Shell merupakan antara peruncit bahan api terbesar di dunia, dengan lebih 45,000 stesen di seluruh dunia, dan dikunjungi kira-kira 30 juta pelanggan setiap hari. Pelancaran Shell FuelSave 95 baharu ini menggambarkan komitmen kami dalam inovasi dan pembangunan produk mobiliti yang lebih baik agar perjalanan kehidupan pelanggan lebih baik.
“Shell sentiasa berinovasi dan menambah baik tawaran kami agar pelanggan kami mendapatkan perjalanan yang terbaik seiring dengan keperluan pelanggan yang sentiasa berubah. ‘Better By Far’ atau ‘Ternyata Lebih Jauh’ merupakan komitmen kami untuk tidak berhenti dan terus berinovasi dalam menawarkan penyelesaian mobiliti baharu. Shell FuelSave 95 baharu kini memberikan sehingga 15KM lebih jauh untuk setiap tangki agar pelanggan kami dapat menikmati perjalanan yang lebih jauh tanpa gangguan,” kata Seow Lee Ming, Pengurus Besar Mobiliti, Malaysia.
“Ianya merupakan satu penghormatan kepada saya dan pasukan saya untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik di lebih 1,000 stesen-stesen kami di seluruh negara. Kami berharap Shell akan terus menjadi pilihan kegemaran pelanggan ketika di jalan raya – yang menggerakkan mereka ke mana-mana sahaja sama ada ke tempat kerja, pusat membeli-belah pada hujung minggu atau Cuti-Cuti Malaysia bersama keluarga dan sahabat handai.”
Shell FuelSave 95 baharu,
15KM lebih jauh,
Ternyata Lebih Jauh.
Untuk maklumat lanjut, layari: www.shell.com.my.
No Comment