Undang - Undang

Tidak Perlu Papar Lesen Kenderaan Motor (LKM) Atau Roadtax Mulai Sekarang

PEMILIK kenderaan persendirian tidak lagi perlu lagi memaparkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau ‘roadtax’ dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian mereka secara fizikal mulai hari ini.

Disebaliknya anda perlu muat naik aplikasi MyJPJ dan daftar di sana:

Google Play

App Store

Tunjukkan kod QR anda sebagai bukti LKM anda sah.

Gambar print screen pun boleh.

Busuk-busuk, print, laminate dan simpan kod QR dalam kereta sebagai back-up.

Pengumuman dibuat Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bahawa pemandu boleh menggunakan mod paparan LKM digital (e-LKM) dan LMM digital (e-LMM) menerusi langkah pendigitalan dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

road-tax-2.0

“Inisiatif ini akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan kenderaan persendirian individu, termasuklah motosikal bagi rakyat Malaysia. Kita akan mengambil kira kesediaan sistem dan penerimaan awam terhadap pelaksanaannya sebelum peluasan pelaksanaannya ke fasa-fasa seterusnya,” kata beliau dalam sidang media, seperti dilapor Astro Awani.

Walau bagaimanapun, Anthony berkata, bagi pemandu dan pemilik kenderaan yang belum bersedia, mereka masih boleh memperoleh atau mengekalkan amalan memapar pelekat atau kertas LKM dan menggunakan kad fizikal LMM dalam tempoh interim, sehingga hujung tahun ini.

road tax 3.0

Ini adalah pilihan. Jika anda masih suka/mahu menggunakan pelekat LKM itu anda masih boleh menggunakannya.

Terima kasih kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan seluruh warga JPJ kerana prihatin dengan masalah kami dan telah bertindak untuk menyelesaikannya. Harapan kami initiatif akan berjaya tanpa masalah dan halangan.

Terimakasih kepada astroawani.com. Berikut ialah siaran media mereka dengan lebih maklumat:

astroawani.com

Mulai hari ini, tak perlu lagi lekat ‘roadtax’ – Anthony Loke

PUTRAJAYA : Bermula hari ini, pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu memaparkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau ‘roadtax’ dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian secara fizikal.

Sebaliknya, pemandu boleh menggunakan mod paparan LKM digital (e-LKM) dan LMM digital (e-LMM) menerusi langkah pendigitalan dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu, termasuklah motosikal bagi rakyat Malaysia

“Kita akan mengambil kira kesediaan sistem dan penerimaan awam terhadap pelaksanaannya sebelum peluasan pelaksanaannya ke fasa-fasa seterusnya,” kata beliau dalam sidang media, di sini, pada Jumaat.

Bagaimanapun, kata Anthony, bagi pemandu dan pemilik kenderaan yang belum bersedia, mereka masih boleh memperoleh dan mengekalkan amalan memapar pelekat atau kertas LKM dan menggunakan kad fizikal LMM dalam tempoh interim, sehingga hujung tahun ini.

Previous post

Mengapa Hidrogen? Apakah Faedah Yang Ia Ada Berbanding Bateri?

Next post

Harga Audi e-tron GT Electric Sports Tourer - RM559k hingga RM769k

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *