Kemalangan / Rosak / Curi / Recall

Mengapa Menyeberang Jambatan Yang Tenggelam Berbahaya

Kereta anda boleh dibawa arus banjir di atas jambatan tersebut.

Memandu di atas jambatan yang sudah tenggelam adalah satu tindakan yang sangat berbahaya dan patut dielakkan. Terdapat beberapa alasan mengapa anda perlu menghindari memandu di atas jambatan yang tenggelam.

Seperti yang dapat dilihat pada posting tiktok ini (bukan di Malaysia) hujan lebat menyebabkan jambatan tenggelam sepenuhnya selepas terlebih dahulu mengalami kerosakan banjir yang serius.

Pertama sekali, air yang mengalir di atas jalan raya yang tenggelam boleh mengakibatkan keadaan jalan yang licin dan tidak stabil. Ini menyukarkan pengawalan kereta dan menyebabkan risiko terjadinya kemalangan jalan raya yang serius.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan yang berterusan di kebanyakan kawasan Semenanjung Malaysia, serta beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sejak 26 Februari 2023. Jika anda memandu melalui jalan yang tenggelam air di kawasan-kawasan ini, ia boleh membawa padah.

Memanglah, memandu melalui mana-mana jenis kawasan yang ditenggelami air adalah berbahaya, tetapi mengapa ia lebih berbahaya di atas jambatan yang ditenggelami air khususnya? Yang pertama dan utama, pemandu akan kekurangan jarak pandang yang mencukupi untuk mengemudikan kenderaan di atas jambatan itu, dan juga berisiko memandu jatuh terus ke dalam sungai.

Dengan berbuat demikain, pemandu mempertaruhkan kereta dan juga, kesemua penumpang di dalam kereta, dibawa arus banjir dan mungkin berakhir di tempat di mana kereta mungkin tidak dapat dicari. Walaupun jambatan yang ditenggelami air mungkin tidak nampak dalam, struktur jambatan yang ditenggelami air mungkin terjejas secara serius, yang merupakan faktor lain yang perlu diperhatikan.

Malah, satu contoh kereta dihanyutkan di jambatan banjir termasuk insiden pada Januari 2017 yang berlaku di Zimbabwe, Afrika Selatan, di mana kereta wartawan ZBC terjatuh ke dalam Sungai Mudzi ketika pemandu cuba menyeberangi paras rendah yang ditenggelami air. Ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, di mana-mana dan pada bila-bila masa.

Selain itu, walaupun cubaan untuk menyeberangi jambatan yang ditenggelami air mungkin hanya membawa kepada kereta seseorang dihanyutkan oleh banjir, ia juga boleh mengakibatkan kos jangka masa panjang kerana walaupun dalam senario terbaik pun jika anda berjaya menyeberangi jambatan yang ditenggelami air tanpa dihanyutkan, kereta anda pasti mengalami kerosakan banjir.

Pada asasnya, jika mana-mana bahagian kereta seseorang rosak akibat cubaan melintasi kawasan banjir, ini perlu direkodkan semasa kereta sedang diperbaiki, lebih teruk lagi, jika seseorang tidak tahu tentang kerosakan itu, ia boleh menyebabkan masalah secara berterusan untuk kereta itu nanti.

Ini juga akan merosakkan nilai jualan semula yang sudah rendah bagi kereta yang rosak akibat banjir. Pada asasnya, tidak ada faedahnya untuk cuba menyeberang jambatan yang ditenggelami air atau mana-mana kawasan banjir jadi jangan lakukannya. Kekal selamat dan beringatlah untuk sentiasa memandu dengan selamat terutamanya sekarang dengan hujan lebat yang berterusan.

Previous post

Permulaan Tahun Kukuh Jualan Proton 52% Pada Februari

Next post

Maserati Grecale GT Hybrid 2023 Dilancarkan Oleh Naza Italia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *