SDAC Diiktiraf Sebagai Pengedar Ford Terbaik Di Asia Pasifik
SDAC mencapai pengiktirafan ini Untuk Kepuasan Pelanggan Cemerlang
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC), pengedar tunggal Ford di Malaysia, baru-baru ini memenangi Anugerah Kecemerlangan Henry Ford yang sangat diidamkan kerana memastikan tahap tertinggi kepuasan pelanggan secara keseluruhan, prestasi perniagaan yang luar biasa dan inisiatif pelanggan yang paling cemerlang pada tahun 2022 di rantau Asia Pasifik.
Diperkenalkan pada tahun 2016 di peringkat serantau, program ganjaran dan pengiktirafan tahunan Ford menilai pengedar terutamanya pada tahap tertinggi kepuasan pelanggan keseluruhan dan prestasi mereka dalam berikut: Tahap Kepuasan Pelanggan Jualan Tertinggi, Tahap Kepuasan Pelanggan Perkhidmatan Tertinggi, Prestasi Jualan Kenderaan Baharu Terbaik dan Prestasi Jualan Alat Ganti Terbaik.
Anugerah Presiden, yang sebelum ini dikenali sebagai Anugerah Pengerusi, ialah pengiktirafan tertinggi dalam program ganjaran dan pengiktirafan tahunan Ford, dan SDAC memenanginya untuk Jualan dan Perkhidmatan untuk kedua-dua tahap kepuasan pelanggan jualan tertinggi dan tahap kepuasan pelanggan perkhidmatan tertinggi untuk tahun keempat berturut-turut.
Anugerah ini membezakan SDAC sebagai rakan kongsi pengedar yang paling berprestasi tinggi di 20 pasaran Pengedar Ford di Asia Pasifik, sekali lagi mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai salah satu organisasi peniaga dan pengedar Ford terbaik di dunia.
Pengedar yang memenuhi kriteria kemudian diberi kedudukan daripada yang tertinggi hingga terendah mengikut jumlah gabungan markah kepuasan pelanggan jualan dan perkhidmatan mereka. Ford mengambil kira sebarang inisiatif pengalaman pelanggan yang cemerlang, seperti inisiatif Ford Ranger Getaways yang akhirnya membawa kepada SDAC memenangi anugerah.
Turse Zuhair, Pengarah Urusan, SDAC-Ford, berkata, “Kami berbesar hati menerima Anugerah Kecemerlangan Henry Ford 2022, Anugerah Presiden untuk Jualan dan Anugerah Presiden untuk Perkhidmatan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian kami dan inisiatif yang telah kami laksanakan untuk pelanggan kami . Kami turut berbesar hati untuk diiktiraf atas komitmen dan pelaburan kami dalam memastikan pelanggan dijaga sebaik-baik selepas pembelian kenderaan.”
“Kami komited untuk menyediakan pengalaman pemilikan yang lebih kaya dan lebih mendalam untuk pelanggan melalui program holistik seperti Ford Ranger Getaways, inisiatif pertama dan satu-satunya seumpamanya, bukan sahaja di Malaysia, tetapi merentasi rangkaian pengedar Ford yang luas,” tambahnya.
Markah untuk Henry Ford Excellence dan Anugerah Presiden diberikan berdasarkan penilaian yang dikumpul daripada maklum balas pelanggan sebenar dan tinjauan kepuasan yang Ford lakukan dalam setiap pasaran pengedar.
No Comment