SUV Canggih Yang Memukau Ini Sudah Di Buka Untuk Tempahan
Kemunculan SUV dengan Teknologi New Energy Vehicle Pertama Daripada PROTON.
Proton X90, satu lagi kejutan daripada PROTON, kini boleh ditempah sejak 8 April 2023 lagi di semua pusat PROTON 3S/4S. Sebagai New Energy Vehicle pertama dan SUV ketiga dalam barisan model X-series, Proton X90 menjanjikan inovasi dan kualiti yang memikat.
Proton X90, kenderaan SUV terbaharu dan canggih yang dilancarkan oleh PROTON ini, telah menarik perhatian ramai. Sebagai SUV berkapasiti 7 tempat duduk, ia telah menunjukkan kemampuannya dalam menyediakan ruang yang luas dan keselesaan. Kami berkesempatan untuk mencuba Proton X90 dalam perjalanan ke Genting Highlands, salah satu destinasi popular menguji kenderaan di Malaysia.
Kesan Pertama: Reka Bentuk dan Keanggunan – SUV ini kelihatan besar dan sesuai untuk keluarga. Juga sesuai sebagai kenderaan rasmi kerajaan Malaysia. Bayangkan ianya hitam dengan tint cermin hitam. Pasti kelihatan ala kenderaan rasmi FBI/CIA. Kabin Proton X90 turut menawarkan suasana premium dengan bahan dan kualiti siapan yang baik. Tempat duduk di dalam kabin selesa tanpa terlalu lembut dan didatangkan dengan sistem penyejuk udara untuk ketiga-tiga baris.
Infotainment: Layar Sentuh 12.3 Inci dan Kamera 360° – Layar sentuh 12.3 inci menawarkan resolusi yang baik dan mudah digunakan. Untuk varian Executive dan ke atas, Proton X90 dilengkapi dengan kamera 360° yang sangat membantu ketika memarkir dan bila lampu signal digunakan.
Keselesaan Penumpang: Ruang Yang Luas di Baris Ketiga – Kelebihan utama Proton X90 ialah sebagai SUV 7 tempat duduk yang sebenar, bukan 5+2 tempat duduk. Penumpang Malaysia yang tingginya average, di bawah 170 cm tidak akan mengalami masalah keselesaan di baris ketiga.
Pengalaman Memandu: Sistem Bantuan Pemandu dan Suspensi Multilink – Sistem Bantuan Pemandu memerlukan penyesuaian kerana pada awalnya terasa perlu melawan stereng. Suspensi multilink belakang khas untuk pasaran Malaysia memberikan keselesaan ketika crusing dan kestabilan pada kelajuan tinggi.
Bunyi Angin dan Jalan: Kualiti NVH yang Memuaskan – Bunyi angin dan jalan adalah minimum, menandakan kualiti NVH Proton X90 yang memuaskan. Enjin 3-silinder, 1.5-liter TGDI yang didukung oleh Belt Starter Generator cukup untuk cruising di lebuh raya.
Mendaki Bukit: Genting Highlands dengan Proton X90 – Ketika mendaki ke Genting Highlands, Proton X90 terasa ringan walaupun ia adalah kereta yang besar. Enjin ini menghasilkan bunyi unik yang menarik. Kami memandu Proton X90 dengan 4 orang dewasa, dan kuasa serta tork cukup untuk perjalanan mendaki ini.
Dalam ujian ini, kami juga menilai beberapa ciri menarik yang ditawarkan oleh Proton X90. Antara ciri-ciri tersebut ialah ‘Smart Glide’ yang memberikan pengalaman memandu yang santai. Namun, peningkatan kelajuan dari kelajuan tinggi mungkin sedikit lembap.
Proton X90 juga dilengkapi dengan sistem “Dynamic Boost” pada kelajuan rendah dan “Full Boost” pada kelajuan tinggi, memberikan sensasi memandu yang menarik dan berkesan.
Dari sudut pandang keselamatan, Proton X90 menawarkan sistem pemantauan tekanan tayar, pintu bagasi kuasa, dan tempat duduk berkulit sintetik. Bagi varian Executive, ia juga dilengkapi dengan tempat duduk pemandu kuasa dan tempat duduk depan yang berangin.
Pilihan warna untuk Proton X90 mencakupi Snow White, Armor Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown, dan Red Ruby. Dengan pelbagai varian dan pilihan warna, Proton X90 menawarkan sesuatu untuk semua selera dan keperluan.
Secara keseluruhan, Proton X90 adalah SUV yang menggabungkan reka bentuk, keselesaan, dan teknologi terkini dalam satu pakej yang menarik dan berpatutan. Sesuai untuk keluarga dan pemandu yang mencari ruang yang luas serta keselesaan, Proton X90 menjanjikan pengalaman memandu yang menyeronokkan dan mengasyikkan, terutama ketika cruising di kawasan pergunungan seperti Genting Highlands.
Jadi, jika anda mencari SUV yang mewah, luas, dan berkualiti tinggi, Proton X90 mungkin menjadi pilihan yang tepat untuk anda. Jangan lepaskan peluang untuk menguji SUV canggih ini dan alami sendiri kemewahan dan keselesaan yang ditawarkan oleh Proton X90.
No Comment