Tawaran Istimewa Hari Raya dan Kempen Ulang Tahun SDAC-Ford
Kempen servis percuma dua tahun untuk pembelian Ford Ranger XL Double Cab dan XLT generasi baharu.
Meraikan bulan yang penuh berkat dan sukacita, Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) sebagai pengedar tunggal Ford di Malaysia mengumumkan tawaran istimewa bagi Ford Ranger XL Double Cab dan XLT generasi baharu dalam sambutan Hari Raya dan ulang tahun ke-15 SDAC.
Dari 1 April hingga 31 Mei 2023, pelanggan baharu yang membeli Ford Ranger XL Double Cab (Automatik dan Manual) dan XLT generasi baharu akan menikmati servis percuma selama dua tahun. Kempen ini adalah untuk jumlah unit terhad bagi kedua-dua model dan hanya tersedia untuk mereka yang membeli paling awal.
Ford Ranger XL Double Cab dan XLT generasi baharu dikuasakan oleh enjin Ford 2.0 liter Single Turbo diesel yang menghasilkan kuasa maksimum 170 PS dan tork maksimum 405 Nm. Kedua-dua model ini menampilkan rekaan gril baharu, lampu utama bentuk C di depan, dan pertambahan 50 mm jarak antara roda dan jejaknya. Selain itu, teknologi bersepadu tahap tinggi menawarkan kemudahan seperti skrin sentuh 10.1-inci, Ford SYNC® 4A, dan panel instrumen digital lapan-inci dengan tetapan boleh ubah.
Bagi menyambut Hari Raya, SDAC-Ford bekerjasama dengan artis digital Muhammad Sharul Ashlyn Ag Ashrul Affandy, yang dikenali sebagai “Chubb-e” untuk mencipta lagu dan video Raya. Dengarkan lagu tersebut melalui platform sosial Ford Malaysia.
Semua pelanggan Ranger generasi baharu secara automatiknya akan menjadi sebahagian daripada Ford Inner Circle di Malaysia, sebuah komuniti yang menghimpunkan individu dengan minat yang sama, yang gemar mengunjur sempadan dan meneroka horizon baharu, menyumbang kepada masyarakat atau beraktiviti bersama Ford Ranger Getaways dengan rakan dan keluarga.
Untuk maklumat lanjut tentang tawaran servis percuma selama dua tahun bagi Ranger XL Double Cab dan Ranger XLT generasi baharu, atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang mana-mana model Ford Ranger, sila WhatsApp Chat dengan Pakar Ford Ranger.
Harga jualan bagi Ranger XLT generasi baharu adalah RM129,888 di Semenanjung Malaysia dan RM135,388 untuk Sabah dan Sarawak. Sementara itu, Ranger XL Double Cab Manual dijual pada harga RM108,888 di Semenanjung Malaysia dan RM114,888 untuk Sabah dan Sarawak. Varian automatik pula dijual pada harga RM113,888 di Semenanjung dan RM119,588 untuk Sabah dan Sarawak.
Pastikan kenderaan Ford anda telah diservis dan berada dalam keadaan baik. Ingatlah untuk mematuhi semua langkah keselamatan di jalan raya dan pandu cermat untuk kebahagiaan semua.
Untuk maklumat lanjut tentang Ranger generasi baharu, SDAC dan Ford, ikuti Ford Malaysia di laman Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube atau layari www.sdacford.com.my.
No Comment