Pengalaman Memandu Lexus RX 350 Luxury: Kecanggihan Bertemu dengan Elegan
Menguji Keanggunan dan Prestasi Lexus RX 350 Luxury di Jalan Raya
Bagi kami di gohedgostan.com, hari ini adalah hari yang cukup menarik. Kami berkesempatan untuk merasai pengalaman memandu Lexus RX 350 Luxury generasi kelima yang baru diperkenalkan. Bagi mereka yang tidak asing dengan jenama Lexus, RX 350 bukanlah nama yang asing. Ia telah menjadi ikon dalam segmen SUV premium sejak diperkenalkan pada tahun 1998.
Terlebih dahulu, kami harus memberi pujian kepada Lexus kerana menghasilkan sebuah kenderaan yang elegan dan sarat dengan inovasi. SUV ini menandakan evolusi ikon SUV Lexus yang sedia ada. Ia menjadikan RX 350 bukan sekadar SUV, tetapi sebuah salon mewah berprestasi tinggi.
@gohedgostan Media Drive LEXUS RX 350 Luxury Baharu. Ya! Sungguh LUXURY. Harga RM468,888. CC 2,393. 16 valve, DOHC, 4 silinder, In-line Type. Kuasa 279PS/Tork 430Nm. #lexusmalaysia #lexusrx350 #lexus #luxurysuv #suv #tiktokviral #fyp #foryoupage #like #follow #explore #repost #tiktoktrend #explore ♬ original sound – Gohed Gostan
Dari segi ruang, Lexus RX 350 ini cukup luas dan selesa. Setelah menghabiskan hampir sehari dengan model ini, kami boleh mengatakan bahawa ia boleh menjadi alternatif yang layak untuk mereka yang biasa dengan kereta mewah seperti Mercedes atau BMW. Ia mempunyai kekuatan dan tork yang mencukupi, serta penumpang belakang juga dapat menikmati kemewahan dan keselesaan yang sama seperti penumpang depan. Seorang rakan media yang sempat menikmati Lexus RX 350 ini sebagai penumpang belakang turut memberi pendapat bahawa ianya harus ada pengurut kaki untuk menjadi lebih sempurna.
Rekaan luaran RX 350 ini cukup menawan. Garis bentuknya yang memikat serta gril depan yang bersahaja menambahkan daya tarikan pada SUV ini. Ditambah pula dengan pilihan warna yang berani dan bersemangat, RX 350 ini benar-benar menjadikan penampilan anda lebih menonjol. Warna RX 350 yang kita pandu ini datang dengan warna signature mereka ia-itu Sonic Copper dan mendapat pandangan double-take dari semua yang terserempak dengan kami.
Pilihan warna yang ditawarkan:
Exterior | Colour Code |
Sonic Quartz | 085 |
Sonic Iridium | 1L2 |
Sonic Titanium | 1J7 |
Graphite Black Glass Flake | 223 |
Sonic Copper (Signature Colour) | 4Y5 |
Memasuki kabin, kami disambut oleh kehangatan dan keanggunan. Ia menggunakan konsep Tazuna yang memberi tumpuan kepada keselesaan manusia. Semua suis dan maklumat penting mudah diakses dan difahami, menjadikan pengalaman memandu kami lebih menyeronokkan dan mudah.
Pada aspek prestasi, RX 350 ini tidak mengecewakan. Dengan enjin 2.4-liter turbocas empat-silinder petrol, pengalaman memandu kami cukup lancar dan responsif. Transmisi automatik lapan-kelajuan Direct Shift-8AT memastikan penukaran gear yang lancar dan pecutan yang kuat.
Unit kuasa RX 350 Luxury
- Enjin 2.4L Turbo Petrol
- Transmisi 8-AT
- Sistem pacuan Electronically Controlled Full Time AWD
- Output kuasa 279PS (6,000 rpm)
- Tork 430Nm (1,700 ~ 3,600 rpm)
- 0-100km/h 7.6 saat
Tidak ketinggalan, Lexus RX 350 ini dilengkapi dengan sistem AWD kawalan elektronik dan Adaptive Variable Suspension (AVS) yang menjanjikan keselesaan dan kawalan yang luar biasa dalam pelbagai keadaan jalan raya.
Lexus RX 350 Luxury ini adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang mencari kombinasi kemewahan dan kecanggihan. Ia memberikan pengalaman memandu yang selesa dan menawan, dengan semua ciri-ciri mewah yang diharapkan dari sebuah kereta premium. Dengan tampilan luar yang bergaya dan kecanggihan teknologi, ia memang menyerlah dalam segmen SUV premium.
Penampilannya yang agresif dan menawan, serta ruang dalaman yang luas dan mewah, menjadikan ia pilihan yang sempurna untuk mereka yang menginginkan keselesaan dan gaya dalam perjalanan harian mereka. Dengan penggerak roda empat dan suspensi yang boleh laras, ia menawarkan keseimbangan yang sempurna antara keselesaan dan kawalan, memastikan pemanduan yang lancar dan selesa di mana-mana sahaja.
Sementara itu, sistem keselamatan yang lengkap, termasuk Lexus Safety System+, memberikan ketenangan fikiran semasa memandu. Dengan enjin kuat dan responsif, serta transmisi yang lancar, ia menawarkan prestasi yang mengagumkan yang pasti akan memuaskan pemandu yang paling mengkritik sekalipun.
Jadi, jika anda mencari SUV mewah yang menawarkan kombinasi sempurna antara kemewahan, kinerja, dan teknologi, Lexus RX 350 Luxury ini adalah pilihan yang tidak dapat ditolak. Dengan harga yang bersaing dalam segmennya, RM468,888 atas jalan tidak termasuk insuran dan datang dengan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan, ini adalah pelaburan yang berbaloi untuk masa depan anda dalam perjalanan. Maka, jangan lepaskan peluang untuk memiliki SUV mewah yang luar biasa ini!
No Comment