Berdentum-Dentum dengan Bateri Baharu dari China, 1000KM Tanpa Henti!
Bateri ‘Qilin’ Ini Bukan Sekadar Mitos, Ia Boleh Ulang Alik KL-Penang Tanpa Cas Semula!
Apa khabar rakan-rakan petrolhead sekalian? Kita di Gohed Gostan memang tak pernah jemu memberikan info terkini mengenai dunia automotif yang serba pesat ini. Kali ini, kita bawakan berita yang boleh buat anda terbeliak mata. Bateri kereta elektrik yang boleh mengharungi 1000 kilometer tanpa perlu cas semula?
Tak silap, kami bercerita tenteng Contemporary Amperex Technology Co. Ltd. (CATL), syarikat pembuat bateri litium-ion yang terkemuka di China. Mereka telah mengumumkan bateri baharu yang dinamakan ‘Qilin’. Nama Qilin ni diambil daripada makhluk mitos dalam cerita rakyat China. Kenapa Qilin? Mungkin sebab bateri ini juga macam makhluk legenda yang mempesonakan!
Yang istimewa, teknologi generasi ketiga cell-to-pack (CTP) dalam bateri ini meningkatkan ketumpatan tenaga, memudahkan proses pembuatan dan mengurangkan kos. Bateri Qilin ini ada kecekapan penggunaan isipadu sebanyak 72 peratus dan ketumpatan tenaga sehingga 255 Wh/kg. Tak cukup dengan itu, bateri ini juga mempunyai peningkatan dalam jangka hayat, keselamatan, kelajuan pengecasan dan ketahanan terhadap suhu rendah.
Sekarang, bayangkan anda boleh ulang alik KL ke Penang tanpa perlu cas semula. Fuh, memang hebat! Dalam suhu sejuk pun dia boleh perform. Dalam keadaan biasa, bateri kereta elektrik akan menghadapi masalah kapasiti dalam cuaca sejuk. Tetapi dengan bateri Qilin ni, anda boleh bawa kereta pi tengok salji tanpa risau!
Jika anda bertanya bila kita boleh merasai teknologi bateri hebat ini, Hyundai-Kia sudah memulakan langkah untuk meningkatkan kerjasama dengan CATL, syarikat teknologi dari China. Menurut laporan, antara 70,000 hingga 140,000 unit kereta elektrik Hyundai dan Kia akan dipasang dengan bateri baharu yang dikenali sebagai ‘Qilin’. Bateri ‘Qilin’ ini menggunakan teknologi bateri ‘cell-to-pack’ (CTP) generasi ketiga yang dikatakan dapat meningkatkan ketumpatan tenaga dan menawarkan jarak pemanduan sehingga 1000 kilometer dengan satu pengecasan.
Tambahan pula, teknologi bateri baharu ini tidak hanya memanjangkan jarak perjalanan, tetapi juga menjanjikan masa pengecasan yang lebih singkat dan prestasi yang lebih baik dalam suhu rendah.
Kenderaan elektrik semakin popular di seluruh dunia sebagai alternatif yang lebih mesra alam sekitar berbanding kenderaan bahan api fosil. Namun, penggunaan kereta elektrik di Malaysia masih belum meluas seperti di negara-negara lain. Mungkin dengan adanya inovasi seperti bateri Qilin, kita akan melihat lebih ramai di Malaysia beralih kepada kenderaan elektrik dalam masa terdekat.
Anda mungkin perlu menunggu sedikit lagi sebelum teknologi ini mula masuk ke pasaran Malaysia, tetapi dengan kemajuan pesat dalam teknologi bateri dan peningkatan kesedaran mengenai kepentingan menjaga alam sekitar, masa depan kereta elektrik di Malaysia nampaknya cerah. So, jom kita sama-sama nantikan kedatangan bateri Qilin ke Malaysia dan nikmati perjalanan yang lebih jauh dengan kereta elektrik!
Gambar dan maklumat terima kasih kepada Carscoops. Artikel penuh berkenaan dipautkan di sini.
No Comment