Takziah

Peter Horbury, Pakar Rekaan Volvo, Meninggal Dunia

Mengenang Sumbangan Besar Peter Horbury: Sepuluh Tahun Mengubah Wajah Volvo Dengan Sentuhan Elegan

Ucapan takziah dari kami di Gohed Gostan kepada keluarga dan kaum Volvo di atas pemergian Peter Horbury, bekas Pengurus Rekaan di Volvo Cars, yang baru-baru ini meninggal dunia pada usia 73 tahun. Sebagai sebuah laman web automotif, amatlah penting untuk kami memberikan penghargaan kepada individu yang telah meninggalkan jejak yang tidak dapat dilupakan dalam industri ini. Peter Horbury adalah salah satu dari segelintir individu yang telah membentuk identiti visual bagi salah satu jenama kereta yang paling dihormati di dunia.

Peter-Horbury-Volvo-Cars-Design-Manager-2.0

Horbury berkhidmat sebagai Pengurus Rekaan untuk Volvo Cars selama lebih daripada satu dekad dan memainkan peranan penting dalam mencorakkan bahasa reka bentuk syarikat pada tahun 1990-an. Beliau bukan sahaja dikenang sebagai seorang pereka yang ulung tetapi juga sebagai insan yang penuh bersemangat.

Ketika dua tempoh sebagai Pengurus Rekaan untuk Volvo Cars, pertama dari tahun 1991 hingga 2001 dan sekali lagi dari tahun 2010 hingga 2011, Peter Horbury telah menjadi pendorong penting dalam penciptaan dan pelaksanaan bahasa reka bentuk moden syarikat. Secara tidak langsung, keindahan dan gaya kereta Volvo hari ini adalah hasil daripada usaha beliau.

Pencapaian Horbury dalam Volvo melampaui batasan. Beliau memainkan peranan krusial dalam pengeluaran model Volvo baharu pada tahun 1990-an, termasuk XC90, S80, V70 dan kereta konsep yang memenangi anugerah seperti kereta konsep alam sekitar ECC dan kereta konsep keselamatan SCC.

Peter-Horbury-Volvo-Cars-Design-Manager-1.0

Sepanjang karier yang hampir mencapai 50 tahun, Peter Horbury juga terlibat dalam reka bentuk lebih daripada 100 kereta, trak, bas, dan motosikal. Beliau juga memimpin studio reka bentuk Volvo Car di Sweden, Sepanyol, dan California, dan kemudiannya di Shanghai. Inilah sebabnya mengapa Peter disayangi oleh ramai di seluruh dunia.

Beberapa contoh produksi dan kereta konsep yang dibangunkan di bawah kepimpinan luar biasa Peter Horbury termasuk siri Volvo 400, Volvo S40 dan V40, Volvo C70, Volvo S70 dan V70, Volvo S90 dan V90, Volvo S80, Volvo S60, Volvo V70N, Volvo XC70, Volvo XC90, Volvo S40 dan V50, Volvo C30, Volvo ECC, Volvo PCC, Volvo SCC, Volvo ACC, Volvo DC1, Volvo ACC2, Volvo PCC2, Volvo VCC, Volvo Universe dan Volvo You.

Kami di Gohed Gostan ingin memberikan penghormatan kepada Peter Horbury atas dedikasi dan sumbangannya kepada dunia automotif. Beliau adalah tokoh luar biasa dalam dunia automotif dan akan dikenang oleh semua. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan sahabat handai mendiang dan kami berharap bukan sahaja pengaruhnya akan terus jelas dalam reka bentuk kereta Volvo moden, tetapi juga semangat kreatifnya akan terus hidup bersama jenama ini buat selama-lamanya.

Previous post

Ini Kereta Barbie Doll: Chevy Corvette Restomod Elektrik!

Next post

PROTON & Aapico Ganding Bahu Membangun Automotif

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *