Berita Auto

BMW X5 Protection VR6 2024: Kereta Berperisai Terbaik Untuk Keselamatan

Persembahan Keselamatan: Kombinasi Kekuatan & Gaya untuk Individu Berisiko Tinggi

Melangkah masuk ke tahun 2024, BMW kembali memperkenalkan varian yang memukau – BMW X5 Protection VR6. Kendaraan ini telah direka semata-mata untuk keselamatan tanpa mengorbankan estetika dan keanggunan. Bukan sembarangan kereta, tetapi sebuah kenderaan berperisai yang sesuai untuk mereka yang memerlukan tahap keselamatan ekstra seperti Dato’, Tan Sri atau pun “ganster” sekali pun.

X5-Driver-display 6.0

BMW X5 Protection VR6 memperkenalkan ciri-ciri keselamatan yang terintegrasi, seperti badan yang diperkuat dan kaca keselamatan, yang memenuhi keperluan VPAM untuk ketahanan balistik dan letupan. Meskipun dengan perlindungan luar biasa, rekaannya tidak kelihatan berbeza dari X5 biasa. Dengan elemen-elemen sporty seperti bar M kembar, penutup cermin M, rel bumbung BMW Individual, dan dua pasang paip ekzos M, kereta ini pasti menarik perhatian.

Pada aspek keselamatan, bawah kulit kereta ini terdapat plat keluli berkekuatan tinggi yang ditekan untuk memenuhi bahagian badan seperti pintu, rangka sisi, bumbung, dan sekat. Tambahan pula, terdapat penghalang trunk berperisai dan pelindung bawah badan aluminium untuk melindungi dari serpihan.

Bagi mereka yang memerlukan lapisan keselamatan tambahan, terdapat pilihan perlindungan bawah badan dan bumbung. Dengan kelajuan maksima 211km/j, BMW X5 Protection VR6 tidak hanya berfungsi sebagai kereta keselamatan tetapi juga sebagai kereta prestasi tinggi.

X5-Cover-1.0

Tidak kurang hebatnya, BMW X5 Protection VR6 pada dasarnya adalah BMW X5 M60i xDrive 2024 dari kilang yang dikuasakan oleh enjin V8 4.4-liter twin-turbo berpadanan dengan sistem mild-hybrid 48-volt yang menghasilkan 523hp dan tork 750Nm.

Sistem suspensi dan brek telah dilaraskan untuk mengendalikan berat tambahan perisai. Namun, SUV ini masih mengekalkan dalaman yang mewah dengan tempat duduk sport yang disaluti kulit Sensafin.

Terus Terang

BMW memang terkenal dengan kualiti dan prestasi keretanya. Namun, dengan X5 Protection VR6, jenama ini mengambil langkah lebih jauh dengan menggabungkan keperluan keselamatan dengan keanggunan. Adakah ini SUV berperisai terbaik di pasaran? Hanya masa yang akan menentukan, tetapi buat masa sekarang, ia nampak seperti pilihan yang sangat berbaloi untuk mereka yang memerlukan lapisan keselamatan tambahan dalam hidup mereka.

Maklumat dan gambar terima kasih kepada Motor 1 dan artikel penuh mereka dipautkan di sini.

Previous post

Syed Mokhtar Kekal Pemegang Saham Besar di Lotus Cars

Next post

Renault Kardian: Nama Yang Menggambarkan Strategi Global Terbaru

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *