Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Cybertruck Tesla Kini Tiba di AS – Adakah Ia Berbaloi?

Analisis Cybertruck Tesla, Berbaloi atau Tidak Dengan Harga Tawarannya di Malaysia

Setelah lama dinantikan, Cybertruck Tesla akhirnya muncul di pentas AS. Namun, realitinya berbeza dari apa yang dijanjikan. Cybertruck, yang telah lama digembar-gemburkan, kini hadir dengan harga yang melebihi anggaran awal. Persoalan kini, adakah dengan harga yang ditawarkan, ia mampu bersaing di pasaran?

Tesla memperkenalkan tiga varian Cybertruck, iaitu varian asas penggerak roda belakang (RWD), varian penggerak semua roda (AWD) di tengah-tengah barisan, dan varian puncak, Cyberbeast.

Varian RWD bermula dari USD49,890 (sekitar RM233,610), menawarkan jarak perjalanan kira-kira 402km dan masa pecutan 100km/j dalam 6.5 saat. Namun, maklumat lanjut tentang varian ini masih samar, dan harga permulaannya sudah menimbulkan kebimbangan.

Sementara itu, varian AWD mempunyai harga permulaan USD68,890 (kira-kira RM322,577) dengan jarak 547km dan masa pecutan 100km/j dalam 4.1 saat. Varian ini menghasilkan kuasa 600hp dan tork kira-kira 10,080Nm, serta kelajuan maksimum 180km/j dan kapasiti menarik kira-kira 4,990kg.

Di sisi lain, varian Cyberbeast bermula dari USD96,390 (sekitar RM451,346). Ia menawarkan jarak 515km (kurang dari varian AWD) dan masa pecutan 100km/j hanya dalam 2.6 saat. Varian ini menghasilkan kuasa 845hp dan tork kira-kira 13,960Nm, dengan kelajuan maksimum 241km/j dan kapasiti menarik yang sama.

Walaupun Cybertruck kelihatan tepat seperti yang diiklankan, harga permulaan yang tinggi menimbulkan keraguan tentang kemampuannya bersaing di Malaysia, terutama dengan adanya pilihan petrol dan diesel yang lebih berpatutan.

Model Tesla yang sedia ada di Malaysia adalah SUV Model Y dan sedan Model 3, dengan harga bermula dari bawah RM200,000 dan RM189,000. Harga ini sudah dianggap mahal, belum lagi jika dibandingkan dengan harga potensi Cybertruck di sini.

Walaupun kendaraan elektrik (EV) menawarkan banyak kelebihan, harganya masih di luar jangkauan rata-rata rakyat Malaysia. Harapan agar kendaraan ini menjadi lebih berpatutan di masa depan masih ada, namun buat masa sekarang, ia masih jauh dari realiti.

Dalam dunia teknologi dan automotif, MKBHD, seorang YouTuber yang terkenal dengan ulasan mendalam dan kritisnya, telah mendapat keistimewaan sebagai antara yang pertama untuk memberikan ulasan terperinci tentang Tesla Cybertruck. Video ulasan yang dibawakan oleh MKBHD ini memberikan pandangan yang unik dan mendalam terhadap trak pikap elektrik futuristik ini, membawa penonton lebih dekat dengan segala inovasi dan kecanggihan yang ditawarkan oleh Tesla dalam model terbaru mereka:

Terus-Terang

Dari perspektif kami, pandang pertama, penampilanya seolah-olah sebuah kenderaan yang dibentuk di kilang besi daripada kepingan logam yang dipotong dan disambung dengan kimpalan.

Walau apa pun, kehadiran Cybertruck Tesla di AS merupakan titik tolak dalam inovasi automotif. Namun, kekangan harga dan realiti pasaran di Malaysia menjadikan impian untuk memiliki kendaraan ini agak sukar dicapai. Kami berharap agar suatu hari nanti, teknologi EV akan lebih mudah diakses oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia, membuka lembaran baru dalam era mobiliti lestari. Hanya waktu yang akan menentukan sama ada inovasi ini akan berbuah atau sekadar menjadi kenangan dalam sejarah automotif.

Previous post

Promo Istimewa VCDR - Raih Musim Perayaan Tanpa Risau

Next post

GoCar Perluas Perkhidmatan ke 10 Stesen MRT

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *