Gelombang Perluasan BYD: Langkah Strategik Bersama Sigma Lithium
Kolaborasi Industri EV: BYD dan Sigma Lithium Dalam Rundingan Kerjasama Strategik, Membuka Peluang Pasaran Baru dan Mengukuhkan Kedudukan Global.
Pemegang tampuk dalam arena industri kenderaan elektrik (EV), BYD dari China, semakin mengukuhkan pengaruh globalnya dengan langkah berani dan strategik. Dalam episod terkini perluasan pasaran globalnya, BYD dilaporkan sedang dalam perbincangan dengan Sigma Lithium dari Brazil untuk menjalin kerjasama yang boleh merangkumi perjanjian bekalan, usaha sama, atau mungkin pembelian.
Dikhabarkan oleh Financial Times, pertemuan antara BYD dan Sigma Lithium ini bukan sekadar dialog kosong, tetapi adalah pertemuan yang berpotensi mengubah landskap industri EV. Ini berarti penambahan sumber daya yang signifikan untuk BYD, yang seterusnya membolehkan pengeluaran kenderaan tambahan, peningkatan jualan, dan tentunya, keuntungan yang lebih besar.
Pertemuan antara Ana Cabral Gardner, Ketua Pegawai Eksekutif Sigma, dengan Alexandre Baldy, Pengerusi BYD Brazil, di Sao Paulo bulan lalu, walaupun tidak membuahkan butiran lanjut kerana perjanjian kerahsiaan, jelas menunjukkan bahwa kedua-dua jenama ini masih dalam tahap awal perbincangan dan belum mengesahkan sebarang butiran konkrit.
Walaupun BYD dan Sigma belum memberikan respons rasmi terhadap permintaan komen dari Reuters, Sigma telah mengumumkan tentang penyenaraian awal Sigma Brazil di Nasdaq dan Bursa Saham Singapura pada Januari. Ini menandakan bahwa perubahan besar mungkin berlaku setelah kesepakatan antara kedua-dua jenama itu tercapai.
Lebih jauh lagi, BYD, yang disokong oleh Berkshire Hathaway milik Warren Buffet, telah mengumumkan pada bulan Julai bahwa mereka akan melaburkan 3 bilion reais (bersamaan dengan USD600 juta atau kira-kira RM2,811,900,000) dalam kompleks industri baru di timur laut Brazil, dengan operasi yang dijangka bermula pada pertengahan 2024.
Sudah menjadi salah satu pengeluar EV paling berjaya, bahkan mengatasi jualan Tesla baru-baru ini, BYD mungkin akan melihat peningkatan mendadak dalam jualan jika kesepakatan ini menguntungkan, yang mungkin akan membuat jenama ini mendominasi jualan EV secara global. Situasi ini mencetuskan suasana suram bagi pengeluar EV lain.
Walau bagaimanapun, BYD, sebagai jenama, terkenal dengan produk berkualiti tinggi dan harga berpatutan, menonjol sebagai peneraju yang lebih diingini di bahagian atas carta jualan, berbanding jenama seperti Tesla yang terkenal dengan harga tinggi tetapi kualiti rendah, kereta yang mudah rosak dan dianggap rendah dalam banyak aspek, tetapi dipasarkan sebagai “premium”. Kadangkala, kesombongan perlu direndahkan.
Terus-Terang
Langkah BYD bukan sahaja satu langkah ke hadapan dalam industri kenderaan elektrik, tetapi juga bukti ketangkasan dan kebijaksanaan dalam merangka strategi global. Bekerjasama dengan Sigma Lithium bukan sahaja membuka pintu kepada sumber baharu tetapi juga mengukuhkan kedudukan BYD sebagai pemain utama dalam permainan global. Perjanjian ini, jika berjaya, bukan hanya mengenai jualan atau keuntungan; ia mengenai mewar-warkan era baru penguasaan dalam industri yang semakin berkembang dan berdaya saing tinggi. Ini menunjukkan bahawa BYD bukan hanya bermain untuk bertahan, tetapi untuk menakluki.
No Comment