Promosi / Tawaran / Peraduan

Peluang Terakhir Menyertai Pertandingan Menamakan EV PROTON

Sertai Sekarang! Peluang Akhir Menjadi Sebahagian Daripada 20,000 Peserta

Rakyat Malaysia Diseru Menyertai Pertandingan Menamakan Jenama PROTON EV

SUBANG JAYA, 30 Mei 2024 – PRO-NET baru sahaja mengumumkan panggilan terakhir untuk menyertai Pertandingan Menamakan Jenama PROTON EV yang semakin hampir ke penghujung. Dengan hanya berbaki enam hari sebelum pertandingan ini ditutup pada 5 Jun 2024, rakyat Malaysia diseru mengambil kesempatan ini untuk melakar sejarah dalam industri automotif negara.

Setakat ini, PRO-NET telah menerima lebih daripada 22,440 penyertaan dari seluruh Malaysia. Respon terhadap pertandingan ini amat menggalakkan dengan jumlah penyertaan yang terus meningkat, menunjukkan sokongan dan harapan besar rakyat terhadap PROTON dalam menerajui mobiliti elektrik.

Semangat dan Keterujaan Rakyat Malaysia

“Respon luar biasa terhadap Pertandingan Menamakan Jenama PROTON EV adalah bukti semangat dan keterujaan rakyat Malaysia ketika kita memasuki era baru kegemilangan automotif,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET. “Dengan tarikh tutup semakin hampir, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peserta. Bagi mereka yang belum menyertai, ini adalah peluang keemasan untuk menjadi sebahagian daripada sejarah baru industri automotif negara.”

Jangan Lepaskan Peluang Anda

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada detik bersejarah ini. Hantar penyertaan anda sebelum 5 Jun 2024, jam 11.59 malam di Pertandingan Menamakan Jenama PROTON EV dan menjadi pelopor dalam evolusi kecemerlangan automotif Malaysia. Untuk maklumat lanjut, ikuti ProtonCarsOfficial di Facebook atau @protoncars di Instagram.

Terus-Terang

Pertandingan ini bukan sahaja mencerminkan semangat rakyat Malaysia tetapi juga menonjolkan komitmen PROTON terhadap inovasi dan kecemerlangan. Kita di sini bukan sekadar menamakan sebuah kereta; kita sedang membentuk masa depan industri automotif negara. Sertai sekarang dan jadilah sebahagian daripada perubahan yang bermakna ini. Saya sudah. Anda bila? Manalah tau.

Previous post

Opel Frontera 2024: SUV Legenda Kembali

Next post

Ford Ranger StormTrak Edisi Terhad: Gabungan Kelasakan dan Gaya Mewah

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *