VOTY / Anugerah / Pameran Motor

Tempahan smart #3 Kini Dibuka dengan Harga Terkini untuk smart #1

SUV Coupe Terbaru dan Harga Baharu yang Lebih Kompetitif

SERDANG, 21 Mei 2024 – Dalam acara Malaysia Autoshow 2024 di MAEPS Serdang, smart Malaysia telah mengumumkan pelancaran smart #3 SUV Coupe yang kini sedia untuk tempahan. Acara ini turut dihadiri oleh tetamu kehormat seperti Azrul Reza Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, menandakan satu pencapaian penting bagi smart Malaysia sebagai negara ASEAN pertama yang menerima tempahan untuk model ini.

Bertemakan ‘Chase the Thrill’, program ini bertujuan untuk mencetuskan semangat peminat kenderaan terhadap Premium Dynamic Urban Companion anda, di mana gabungan gaya dan keunggulan prestasi jalan raya digabungkan. smart #3 telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dengan memenangi Anugerah Reka Bentuk iF dan Anugerah Reka Bentuk Red Dot, membuktikan kualiti reka bentuk dan inovasi yang dicipta oleh pasukan reka bentuk global Mercedes-Benz.

“Saya sangat berbesar hati menyambut kedatangan smart #3 ke dalam portfolio kami yang mempunyai tiga varian menarik,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia. “Pengumuman mengenai tawaran smart #3 ini memberikan ganjaran kepada para pelanggan untuk menjadi antara pemilik terawal. Sebagai persediaan untuk penghantaran pada suku ketiga tahun ini, 13 pengedar rasmi smart telah bersedia sepenuhnya dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan. Dengan ini, smart menjemput orang ramai untuk bersama-sama mengalami perjalanan menuju mobiliti lestari,” tambahnya.

Pelanggan yang membuat tempahan awal berpeluang menerima barangan rasmi smart eksklusif bernilai sehingga RM1,500. Tawaran terhad ini dikhaskan kepada 333 pelanggan pertama, dengan bayaran tempahan RM1,000 yang boleh dikembalikan.

Premium Dynamic Urban Companion – BRABUS, Premium, dan Pro

smart #3 menawarkan tiga varian menarik iaitu BRABUS, Premium, dan Pro yang direka khas untuk pasaran Malaysia. Setiap varian menawarkan ciri-ciri unik, dari segi reka bentuk unggul hingga kecekapan pemanduan dinamik. Varian BRABUS dan Premium, kedua-duanya menawarkan pengecas AC 22kWj yang terbaik dalam segmennya dengan keupayaan mengecas bateri dari 10% hingga 80% dalam masa kurang dari 3 jam. Selain itu, smart #3 juga dilengkapi dengan teknologi keselamatan terkini, dengan 23 sensor berketepatan tinggi yang menyokong 21 fungsi ADAS demi memastikan keselamatan pemandu di jalan raya.

smart #3 Premium menampilkan Panoramic Halo Roof, CyberSparksLED+ dengan bantuan lampu adaptif, Gril Hadapan Bercahaya, dan Bateri NCM 66kWj. Ia dilengkapi dengan motor 200kW/343Nm yang memacu roda belakang kenderaan, memberikan jarak WLTP sehingga 455km.

Varian smart #3 BRABUS mempamerkan masa pecutan 0-100km/j yang mengagumkan, mencapai Mod Rocket Launch dalam masa 3.7 saat. Untuk prestasi luar biasa ini, smart #3 BRABUS dilengkapi kuasa pemanduan dwi-motor dengan pacuan empat roda (AWD) 315kW/543Nm, memastikan pengendalian dan daya cengkaman yang luar biasa dan memberikan jarak WLTP sehingga 415km.

Tempah smart #3 di pengedar rasmi smart yang terdekat atau melalui Aplikasi Hello smart.

Model Premium & Pro smart #1 Kini Mampu Milik

smart Malaysia memperkenalkan struktur harga baharu untuk model smart #1 Premium dan Pro. Penyesuaian ini selari dengan harga dari smart Global, mencerminkan komitmen kami untuk menyediakan nilai hebat dan memupuk inklusiviti dalam komuniti smart. Dengan mempermudahkan akses kepada kenderaan elektrik, smart ingin meningkatkan pengalaman memiliki kenderaan elektrik serta mengukuhkan ikatan bersama para pelanggan.

Sebagai penghargaan kepada pelanggan setia, smart Malaysia menawarkan pakej servis kenderaan X tahun secara percuma kepada pemilik sedia ada smart #1 Premium dan Pro. Inisiatif ini menunjukkan dedikasi smart untuk memastikan para pelanggan dihargai dan memupuk komuniti smart dengan lebih kukuh.

“Kami sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami,” kata Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia. “Dengan menurunkan harga smart #1, kami berhasrat untuk menyatukan pelanggan ke dalam komuniti smart, memupuk kesepaduan dan membolehkan penyertaan penuh dalam ekosistem yang kami sediakan.”

Harga Baru OTR (tanpa insurans) untuk smart #1 Premium dan Pro – dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan adalah seperti berikut:

  • smart #1 Premium: RM209,900
  • smart #1 Pro: RM169,900

Pelanggan boleh menghubungi pengedar rasmi smart untuk mengetahui lebih lanjut mengenai smart #3 atau memuat turun Aplikasi Hello smart dari Apple App Store, Google Play Store, dan Huawei App Gallery untuk membuat tempahan #3. Untuk maklumat lanjut, sila layari my.smart.com.

Terus-Terang

Pelancaran smart #3 dan penyesuaian harga untuk smart #1 menandakan langkah strategik smart Malaysia dalam pasaran kenderaan elektrik. Dengan menawarkan teknologi canggih dan harga yang lebih kompetitif, smart Malaysia jelas komited untuk memudahkan akses kepada mobiliti lestari. Inisiatif ini bukan sahaja memperkukuh komuniti pengguna smart, tetapi juga memupuk kesedaran tentang pentingnya teknologi hijau dalam industri automotif.

Previous post

Kebangkitan Semula Pengeluaran dan Jualan Automotif Malaysia April 2024

Next post

Perodua Perkenal Prototaip EV Pertama Myvi Conversion di Malaysia Autoshow 2024

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *