VOTY / Anugerah / Pameran Motor

AOS 2024: Kembali Lagi dengan Lebih Hebat!

Sertai AOS 2024: Pesta Kustom dan Counter Culture Terunggul Malaysia

Art of Speed (AOS) 2024 bakal kembali lagi pada 27 dan 28 Julai 2024 di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS). Acara ini, yang dikenali sebagai pesta kustom dan counter culture terulung di Malaysia, menjanjikan pengalaman yang lebih besar dan menarik untuk semua penggemar kustom dan counter culture.

Kepelbagaian Aktiviti Menarik

Tahun ini, AOS 2024 akan menampilkan pelbagai aktiviti yang pasti mengujakan pengunjung. Dari pameran kereta custom hingga pertandingan motosikal, acara ini juga akan diisi dengan persembahan langsung dari kugiran muzik terkenal dan tahun ini, genre hip-hop akan turut bersama membuat persembahan. Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri bengkel automotif dan ceramah daripada pakar industri yang akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka.

Antara aktiviti menarik yang dinantikan adalah pameran kereta custom yang menampilkan hasil kerja tangan kreatif daripada pelbagai pembina terkenal. Bengkel automotif juga akan menyediakan sesi pembelajaran teknik pengubahsuaian kenderaan dari asas hingga ke peringkat lanjutan.

Tetamu Antarabangsa

AOS 2024 akan menerima kehadiran tetamu antarabangsa yang terkenal dalam dunia kustom dan automotif. Nama-nama besar seperti Makoto, Mr. Pinman, Shige Suganuma, dan Daigo Saito akan memeriahkan acara ini. Pengunjung berpeluang berinteraksi dan belajar daripada pakar-pakar ini yang akan mempamerkan karya dan kemahiran mereka.

Makoto, yang terkenal dengan hasil seni pada kenderaan, akan mempamerkan karya terbarunya. Mr. Pinman akan berkongsi ilmu dalam bidang pengubahsuaian motosikal. Shige Suganuma dan Daigo Saito, yang dikenali sebagai tokoh drift terkenal, akan harap-harap, menunjukkan kemahiran drift mereka yang mengagumkan.

Sorotan Khas AOS 2024

Terbaharu Untuk 2024!

  1. SoundCircus Takeover
    • SoundCircus kini mengambil alih Dewan A dengan persembahan kugiran muzik seperti Spider, Gerhana Ska Cinta, Salam Musik, dan banyak lagi. Tiket boleh didapati di SoundCircus.
  2. Kolaborasi dengan Selangor FC
    • AOS 2024 akan berkolaborasi dengan Selangor FC dalam kempen “Stop The Violence”.
  3. Komuniti Moto4sale
    • Platform untuk jual beli motosikal bawah 500cc.
  4. IGL Coatings
    • Memperkenalkan coating edisi terhad untuk penunggang motosikal.
  5. Kolaborasi dengan Jenama Ternama
    • Art of Speed X Zippo, Art of Speed X Von Dutch, Art of Speed X Selangor FC, dan Art of Speed x MOONEYES.
  6. AOS Invitational Build-Off
    • Pertandingan binaan khas dengan hadiah wang tunai dan peluang menghantar motosikal kustom ke The 32nd Yokohama Hot Rod Custom Show 2024.
  7. Hot Wheels Collectors Convention
    • Pameran dan aktiviti pengumpul Hot Wheels di Dewan C.
  8. Outdoor ThunderCircus
    • “Brotherhood Rally” untuk penunggang motosikal dengan pelbagai aktiviti menarik.
  9. NEAT Fest
    • Kolektif kereta bermodifikasi dari seluruh Malaysia.
  10. Off The Grid
    • “Gaya hidup outdoor” dengan pelbagai aktiviti di Dewan C.
  11. Hail Vintage dan Streetware Con
    • Fesyen pakaian jalanan dan thrift di Hall D dengan lebih banyak vendor untuk 2024.
  12. Kustom & Koffee Talk
    • Diskusi tentang trend terkini dalam industri motosikal dan automobil.
  13. Show & Shine
    • Menampilkan kereta-kereta yang telah diubah suai dan motosikal bermodifikasi terbaik.

Aktiviti Tambahan

  • Roda Rumble 2024, La Cultura, Food Park, Bazar vintaj automobil, Pelancaran produk, Test Ride Zone, dan Cabutan bertuah untuk Honda yang telah dimodifikasi.

Frankly Speaking

Terus-terang, AOS 2024 menjanjikan pengalaman yang luar biasa bagi semua peminat kustom dan counter culture. Dengan pelbagai aktiviti menarik, kehadiran ikon-ikon terkenal, dan susun atur yang kemas, ia pasti menjadi acara yang tidak boleh dilepaskan. Kami berharap agar acara ini dapat memberikan pendedahan dan inspirasi kepada semua pengunjung tentang dunia automotif yang sentiasa berkembang.

GALERI

POSTERS

LAYOUT

IG CAROUSEL

INTERNATIONAL GUESTS

LAUNCH MEDIA EVENT

Previous post

Vespa Day 2024: Perayaan Terbesar Vespa di Malaysia

Next post

PROTON Kekal Kukuh di Pasaran dengan Jualan 10,999 Unit pada Bulan Jun

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *