GWM TANK 300: Intelligent, Luxury, Off-Road SUV
SUV Mewah Off-Road Terbaru di Malaysia
GWM TANK 300 Menawarkan Pengalaman Off-Road Tanpa Tandingan dengan Harga RM250,000
GWM TANK 300 kini secara rasminya dilancarkan di Malaysia, menawarkan gabungan unik antara kemewahan dan keupayaan off-road yang mengagumkan. Dengan harga kompetitif RM250,000, SUV ini dijangka akan mengubah landskap automotif di Malaysia.
Reka Bentuk Gagah dan Mewah
GWM TANK 300 menampilkan reka bentuk yang lasak dengan kerangka ‘Ladder Frame Construction’ dan casis off-road profesional. Roda aloi krom 18″ dan pilihan warna menarik seperti ‘Dusk Orange’, ‘Fossil Grey’, ‘Crystal Black’, dan ‘Pearl White’ menambah estetika moden pada kenderaan ini. Bahagian dalamannya pula dilengkapi dengan kulit NAPPA hitam, skrin instrumen 12.3”, sistem infotainment skrin sentuh, dan sistem bunyi Infinity dengan 9 pembesar suara. Saya suka rupa Tank 300 kerana ia menyerupai Mercedes-Benz G-Wagon. Reka bentuknya yang berkotak tetapi bergaya, serta bahagian dalamnya yang mempunyai ciri-ciri yang serupa seperti ventilasi udaranya, memberikan keselesaan dengan bahan berkualiti yang tinggi.
Prestasi dan Keupayaan Off-Road
Dikuasakan oleh enjin petrol turbo 4-silinder 2.0L dan transmisi automatik 8-kelajuan, GWM TANK 300 menghasilkan 220 PS dan tork 380 Nm. Sistem 4WD separuh masa dan pelbagai mod pemanduan seperti ‘Tank Turn’ dan ‘Crawl Control’ memastikan kenderaan ini mampu mengharungi pelbagai jenis permukaan, termasuk laluan berbukit dan berair sehingga 700 mm. Ketika menekan butang mula, enjin adalah senyap – 2.0 liter enjin petrol, transmisi automatik 8 kelajuan, 220 hp, 380 nm tork. Kabin yang hampir senyap disebabkan oleh NVH ultra senyap. Ciri yang paling saya suka adalah Tank Turn, yang membantu Tank 300 berpusing dengan senang di laluan yang sangat sempit.
Ciri Keselamatan Terkini
GWM TANK 300 menerima pengiktirafan keselamatan 5-bintang ANCAP. SUV ini dilengkapi dengan sistem Bantuan Pemanduan L2 ADAS, kamera 360 darjah, dan monitor pandangan casis lutsinar yang memberikan penglihatan menyeluruh kawasan bawah kenderaan. Fungsi seperti ‘Automatic Collision Unlocking’ dan ‘Automatic Collision Fuel Cutoff’ memastikan keselamatan pemandu dan penumpang dalam sebarang kejadian kemalangan.
Pengalaman Off-Road di M4TREC
Pada 10 Julai 2024, kami berpeluang menguji GWM TANK 300 di M4TREC 4WD Training & Experience Centre, Semenyih. Hari tersebut hujan lebat, menyebabkan laluan halangann menjadi basah dan licin, penuh dengan lumpur dan air, yang sangat sesuai untuk ujian off-road.
Laluan halangan off-road tersebut mempunyai 10 peringkat:
- Permulaan
- Ridge Crossing – memandu melalui dua batang balak sempit menggunakan kamera pandangan 360 darjah dan casis lutsinar untuk panduan.
- Meredah Air Dalam – 700mm
- Axle Twister
- “Tight Turn” menggunakan fungsi Tank Turn
- Mud & Ruts
- Trek Balak
- Slopes – Uji “Approach & Departure” angle
- Gulley – kawalan bukit menurun, CCO crawl control (cruise control off-road), brek untuk anda, memecut untuk anda, anda hanya mengemudi.
- Slide Slope – rough terrain berlumpur, lobang kiri, kanan, kiri, kanan.
Memandu dalam mod 2H adalah pantas dan senyap. Stereng ringan dan responsif. Anda boleh menukar dari 2H ke 4H ke 4L semasa bergerak dengan lancar. Cabaran laluan halangan off-road tersebut sangat menyeronokkan sehingga kami merasakan laluan halangan tersebut terlalu singkat.
Ujian Jalan Raya
Kami kemudian bertukar kereta untuk ujian jalan raya. Kami membawa Tank 300 keluar selama 20 minit di jalan raya persekutuan Semenyih. Ia masih hujan dan jalan raya basah dengan banyak kenderaan. Pengendalian Tank 300 tidak mengecewakan. Pantas dan berkuasa, mudah untuk memotong, brek mengencam dan lancar, stereng ringan dan responsif. Tempat duduk padu dan selesa. Suspensi kukuh. Kereta ini tidak terasa canggung, tidak bergoyang, tidak melantun.
Frankly Speaking
Terus-terang, pelancaran GWM TANK 300 di Malaysia membawa angin segar kepada pasaran SUV tempatan. Walaupun menawarkan banyak ciri mewah dan teknologi canggih, harga yang kompetitif menjadikannya pilihan menarik bagi penggemar off-road. GWM nampaknya memahami keperluan pasaran Malaysia dengan baik, menawarkan pakej lengkap yang memadukan prestasi, keselamatan, dan kemewahan. Namun, hanya masa yang akan menentukan sejauh mana penerimaan kenderaan ini di kalangan rakyat Malaysia.
No Comment