Roll Out DENZA D9 RHD di China: Kemewahan dan Mobiliti Pintar
DENZA D9 RHD memperkenalkan pengalaman mobiliti premium dengan reka bentuk pintar, keanggunan mewah, dan keupayaan pintar. Temui revolusi baharu dalam dunia kenderaan elektrik untuk keluarga elit dan perniagaan di rantau Asia Pasifik.
Pada 21 Ogos lalu, DETNZA mencipta sejarah dengan pelancaran batch pertama DENZA D9 pemanduan sebelah kanan yang dihasilkan di Pusat Pengeluaran BYD di Changsha, China. Majlis ini dihadiri oleh pengedar Asia Pasifik, wakil pelanggan, wartawan dari Hong Kong, Macau, Singapura, Malaysia, serta para peminat kenderaan elektrik global yang menyaksikan acara ini melalui platform media sosial.
Sebagai jenama kenderaan elektrik premium, DENZA berazam mengubah landskap mobiliti global dengan tumpuan kepada pengalaman mewah, keselamatan tertinggi, dan interaktiviti pintar. Pelancaran DENZA D9 RHD memberi pengguna akses kepada kemewahan, keselesaan, dan keupayaan pintar yang unik. Model ini telah diperkenalkan pada Oktober 2022, dan sejak itu, populariti DENZA terus meningkat dengan lebih daripada 200,000 unit telah terjual dalam masa dua tahun, menjadikannya salah satu MPV mewah paling laris di China.
Pada tahun 2023, DENZA D9 menjuarai pasaran MPV mewah dengan nilai residual tertinggi dalam segmen MPV mewah di China. Kejayaan ini diteruskan pada separuh pertama 2024, di mana DENZA D9 mengekalkan kedudukannya sebagai MPV mewah paling laris. Dengan rekod jualan global sebanyak 3.02 juta unit pada tahun 2023, BYD terus menunjukkan dominasi dalam industri kenderaan tenaga baharu, disokong oleh inovasi berterusan dan strategi pasaran yang menumpukan kepada kepuasan pengguna.
Sebagai jenama mewah dalam sektor kenderaan tenaga baharu, DENZA mempamerkan kekuatan jenama melalui teknologi terkini dan inovasi berterusan. Dalam masa dua tahun sahaja, DENZA telah berjaya menembusi pasaran mewah tradisional, menjadikan DENZA D9 sebagai pilihan utama bagi keluarga dan golongan elit perniagaan di rantau Asia Pasifik. Pengurus Besar BYD Hong Kong, Ouyang Xiaocheng, menyatakan bahawa pelancaran DENZA D9 RHD ini adalah satu langkah penting dalam memenuhi keperluan mobiliti mewah yang semakin meningkat di rantau ini.
BYD terus mengukuhkan kehadirannya di pasaran antarabangsa dengan pembukaan kedai ke-108 di Thailand pada bulan Jun, yang menandakan kedudukan mereka yang semakin kukuh di Asia Pasifik. Bagi BYD, DENZA bukan sekadar jenama, tetapi simbol komitmen untuk menyediakan produk yang berkualiti tinggi serta selaras dengan aspirasi pengguna global.
Pengalaman pandu uji DENZA D9 juga mencatatkan kelainan yang memukau. Peserta pandu uji merasai kabin luas DENZA D9 yang mampu memuatkan tujuh orang dewasa setinggi 180 cm, tujuh bagasi berukuran 20 inci, dan tujuh beg sandang perniagaan. Dengan elemen “tiga 7s” ini, DENZA D9 menawarkan mobiliti yang mewah, pintar, dan selamat di luar jangkaan, sesuai untuk gaya hidup moden yang dinamik.
Terus-Terang, pelancaran DENZA D9 ini jelas menunjukkan arah tuju BYD yang komited dalam membawa inovasi kepada pasaran global. Bagaimanapun, kejayaan ini tidak datang tanpa cabaran besar, terutamanya dengan persaingan sengit dalam industri kenderaan mewah. Melalui strategi dan inovasi yang mantap, kami percaya bahawa masa depan DENZA D9 di pasaran Asia Pasifik akan terus berkembang, namun kejayaan berterusan hanya akan tercapai jika DENZA kekal fokus kepada memenuhi kehendak pengguna dan mengekalkan kualiti yang unggul.
No Comment