Drive Your Ambition Bersama Mitsubishi Motors di KLIMS 2024
Ada 2 hari lagi KLIMS 2024. Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menyerikan Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024 yang berlangsung dari 5 hingga 11 Disember di MITEC, Kuala Lumpur. Dengan tema “Drive Your Ambition”, MMM bertekad mempamerkan semangat pemanduan yang penuh inovasi dan mencabar.
Tawaran Eksklusif Sempena KLIMS 2024
Pengunjung yang hadir ke booth MMM (3A01, Aras 2) berpeluang menikmati tawaran eksklusif sepanjang pameran ini. Pelanggan yang membuat tempahan dan mendaftar Mitsubishi Triton atau XPANDER baharu akan menerima 2 tahun penyelenggaraan percuma dan subsidi bahan api. Tawaran ini memberikan ketenangan minda kepada pemilik, terutamanya semasa musim percutian hujung tahun.
Menurut CEO MMM, Shinya Ikeda, “Kami mahu pelanggan menikmati pengalaman pemilikan kenderaan yang mudah tanpa sebarang kerisauan. Ini adalah sebahagian daripada komitmen jenama kami dalam memastikan pemilik Mitsubishi dapat pergi lebih jauh dengan selesa dan selamat.”
Pratonton Aksesori Tulen Mitsubishi
Selain itu, pengunjung KLIMS 2024 juga boleh melihat aksesori tulen Mitsubishi yang direka khas untuk model Triton dan XPANDER. Aksesori ini bukan sahaja meningkatkan keselesaan dan gaya, malah memenuhi keperluan gaya hidup pemilik. Pengunjung boleh berbincang dengan pakar di lokasi untuk mendapatkan pandangan tentang bagaimana aksesori ini dapat menyerlahkan kenderaan Mitsubishi mereka.
Memperkenalkan MAX Leasing untuk Pelanggan Korporat
MMM turut melancarkan program baharu, MAX Leasing, yang dikendalikan oleh ALD MHC Mobility Services Malaysia. Program ini memberi penyelesaian pajakan operasi untuk pelanggan korporat, menggantikan pembelian kenderaan secara tunai dengan pilihan lebih bijak dan menjimatkan.
Faedah MAX Leasing termasuk:
- Pengurusan Dipermudahkan: Kurangkan beban tugas pentadbiran dengan servis pajakan yang cekap.
- Perlindungan Kewangan: Elakkan kerugian pelupusan kenderaan dan lindungi reputasi syarikat.
- Penjimatan Operasi: Kurangkan kos dengan mengekalkan armada yang boleh diharap.
Pelanggan korporat yang berminat boleh menghubungi ALD MHC di 1800-88-0808 untuk analisis aliran tunai dan perbincangan lanjut.
Terus-Terang
Mitsubishi Motors sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam menawarkan pengalaman mobiliti yang bukan sahaja inovatif tetapi juga mesra pelanggan. Dengan pelbagai tawaran menarik di KLIMS 2024, MMM pastinya akan terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari kenderaan yang tahan lasak, bergaya, dan ekonomikal. Walau bagaimanapun, kami berharap tawaran ini dapat diperluaskan lebih lama selepas tempoh pameran untuk memberi peluang kepada lebih ramai pelanggan menikmatinya.
No Comment