BYD ATTO 3 ULTRA: EV Terbaik Malaysia Diperkasakan Lagi
Nikmati pakej baharu dengan ciri canggih dan kos penyelenggaraan rendah bersama SUV elektrik No.1 Malaysia, BYD ATTO 3 ULTRA.
BYD Sime Motors terus memperkukuhkan posisinya dalam pasaran kenderaan elektrik di Malaysia dengan pelancaran BYD ATTO 3 ULTRA yang kini tampil dengan pakej penuh komprehensif. Langkah ini adalah strategi bijak dalam mengekalkan kedudukan sebagai EV paling laris di Malaysia, sekaligus meningkatkan lagi tarikan terhadap model ini.

Dengan harga kompetitif, RM123,800, BYD ATTO 3 ULTRA menawarkan nilai hebat bagi pengguna yang ingin beralih kepada mobiliti elektrik tanpa berbelanja besar. Penawaran ini menjadi bukti jelas bahawa BYD berusaha gigih memacu transisi Malaysia ke arah pengangkutan elektrik lestari.
SUV elektrik ini dikuasakan oleh teknologi Blade Battery unggul yang terkenal kerana keselamatan luar biasanya. BYD melaporkan kadar tuntutan waranti bateri yang sangat rendah, iaitu kurang daripada 0.3%. Statistik ini mencerminkan kualiti unggul bateri dan menjanjikan daya tahan yang tinggi, disokong pula oleh jaminan bateri voltan tinggi selama 8 tahun atau 160,000km.
Dalam aspek prestasi, BYD ATTO 3 ULTRA dilengkapi motor elektrik dengan kuasa maksimum 150 kW (204 PS) dan tork maksimum 310 Nm. Ia mampu mencapai kelajuan dari 0 hingga 100 km/j hanya dalam masa 7.3 saat, dengan jarak pemanduan maksimum sehingga 480 km berdasarkan standard NEDC. Ini menjadikannya kenderaan ideal untuk pemanduan bandar atau perjalanan jauh tanpa kerap mengecas semula.

Menarik lagi, pakej servis percuma selama 8 tahun turut diperkenalkan untuk memberikan kemudahan tanpa kos tambahan kepada pemilik, ditambah dengan pemberian pengecas dinding 7kW dan adapter V2L secara percuma. Kemudahan digital seperti Kunci Digital NFC dan Kekunci Bluetooth turut disediakan, membolehkan pemandu membuka kunci dan menghidupkan kenderaan dengan mudah, tanpa bergantung kepada sambungan internet.
Ruang kabin turut menerima sentuhan segar dengan kemasan dalaman hitam sepenuhnya disulam jahitan kontras berwarna kuning, menggantikan jahitan merah sebelum ini. Tempat duduk depan yang dilengkapi sistem pengudaraan memberikan keselesaan tambahan, khususnya dalam iklim panas Malaysia. Reka bentuk rim turut dikemaskini untuk memberikan penampilan yang lebih bergaya dan aerodinamik.
BYD juga menawarkan sokongan selepas jualan yang luas melalui 35 cawangan servis di seluruh Malaysia termasuk Pantai Timur dan Malaysia Timur. Kos penyelenggaraan BYD ATTO 3 ULTRA dilaporkan hampir 50% lebih rendah berbanding SUV berenjin pembakaran dalaman, satu kelebihan jelas yang dihargai pengguna jangka panjang.

Sokongan luas ini disokong pula oleh testimoni pemilik sedia ada seperti Encik Tee yang telah memandu lebih 100,000 km dan menyatakan bahawa kos penyelenggaraannya jauh lebih rendah berbanding kereta petrol. Ini menjadi bukti nyata keberkesanan kos dan daya tahan tinggi BYD ATTO 3 ULTRA dalam kegunaan harian.
Frankly Speaking
Terus-Terang, BYD ATTO 3 ULTRA memang menawarkan nilai yang baik bagi pasaran Malaysia, namun persaingan EV semakin sengit. Walaupun spesifikasinya mengagumkan dan penawaran servis serta waranti menarik, kami percaya bahawa kejayaan sebenar akan bergantung pada bagaimana BYD Sime Motors mengekalkan kualiti perkhidmatan selepas jualan. Dalam jangka panjang, cabaran utamanya ialah memastikan rangkaian servis konsisten dan ketersediaan alat ganti tepat pada masanya. Kami juga berharap lebih banyak perhatian diberikan kepada aspek infrastruktur pengecasan awam untuk menjadikan penggunaan EV di Malaysia lebih praktikal dan menyeluruh.
GALERIA
BYD ATTO 3 ULTRA



BYD ATTO 3 ULTRA – Exterior











BYD ATTO 3 ULTRA – Interior








No Comment