Motosikal / Skuter / Roda

Honda NSS250, X-ADV dan CBR150R: Evolusi Bergaya

Inovasi Honda 2025: NSS250, X-ADV & CBR150R lebih berkuasa, lebih pintar dengan teknologi terkini untuk gaya hidup urban dan pengembaraan sebenar.

Tahun 2025 menyaksikan Boon Siew Honda memperkenalkan tiga model motosikal terbaharu yang bakal menjadi pilihan utama dalam pasaran motosikal Malaysia. Honda NSS250, X-ADV dan CBR150R, masing-masing hadir dengan identiti unik dan ciri-ciri yang dinaik taraf untuk memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.

Honda NSS250 tampil elegan, dengan reka bentuk yang lebih segar dan kemas. Dikuasakan enjin eSP+ 249.5cc, ia mampu menjana kuasa maksimum sebanyak 17kW pada 7,750 rpm dan tork maksimum 24Nm pada 6,250 rpm, menjadikan tunggangan lancar di jalan raya mahupun perjalanan jauh. Model ini dilengkapi sistem paparan TFT 5-inci yang canggih, disepadukan dengan Honda RoadSync untuk menghubungkan navigasi, panggilan, dan muzik melalui Bluetooth. Sistem skrin angin elektrik yang boleh dilaras turut dipasang untuk mengurangkan bunyi angin serta meningkatkan keselesaan tunggangan.

Dari sudut keselamatan, NSS250 menggunakan Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang meningkatkan kestabilan semasa tunggangan di permukaan jalan yang mencabar. Ruang penyimpanan bawah tempat duduk yang luas, sistem kunci pintar, dan teknologi Emergency Stop Signal (ESS) yang menyala secara automatik ketika brek kecemasan turut disediakan. Model ini dijual pada harga RM25,888, dengan lima pilihan warna menarik termasuk Pearl Jubilee White dan Pearl Shining Black.

Sementara itu, Honda X-ADV hadir lebih lasak dengan identiti hibrid motosikal kembara dan skuter urban. Enjin berkembar selari 745cc yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 43 kW pada 6,750 rpm dan tork puncak 69 Nm pada 4,750 rpm menjanjikan tunggangan mantap. Sistem Dual Clutch Transmission (DCT) membolehkan penukaran gear automatik atau manual tanpa sebarang gangguan, manakala teknologi Throttle-By-Wire memberikan respons tepat dan lancar dalam pelbagai mod tunggangan.

Honda X-ADV 2025 juga memperkenalkan antara muka Human Machine Interface (HMI) dengan fungsi cruise control untuk perjalanan jauh yang lebih selesa. Sistem pencahayaan LED dengan Daytime Running Lights (DRL) baharu, skrin angin boleh laras tiga tahap, serta sistem ABS Dual-Channel turut melengkapkan model ini. X-ADV turut menggunakan bahan biomassa Durabio™, menjadikan motosikal ini lebih mesra alam. Model ini ditawarkan pada harga bermula RM69,999 dengan empat pilihan warna termasuk Matte Goldfinch Yellow yang futuristik.

Dalam kategori motosikal sport kompak, Honda CBR150R kini tampil lebih sporty dengan inspirasi daripada warisan perlumbaan Honda Racing. Enjin 150cc, DOHC empat injap menghasilkan 12.0kW pada 9,000 rpm dan tork 13.7 Nm pada 7,000 rpm, memastikan tunggangan yang tangkas. Dilengkapi dengan sistem ABS dwi-saluran, klac assist & slipper, suspensi hadapan terbalik dan sistem Emergency Stop Signal (ESS), ia menjanjikan keselamatan maksimum kepada penunggang.

CBR150R hadir dalam dua pilihan warna baharu yang mencuri perhatian iaitu Honda Tricolor dan Silver, dengan harga jualan RM13,399. Rekabentuk aerodinamik, sistem lampu LED penuh, dan panel meter digital moden menambahkan lagi daya tarikan motosikal ini untuk penunggang muda yang inginkan gaya dan prestasi.

Frankly Speaking
Terus-Terang, ketiga-tiga model ini mempunyai kekuatan tersendiri namun turut hadir dengan kekurangan yang patut diberi perhatian. NSS250 dilihat menawarkan keseimbangan terbaik antara gaya, keselesaan dan kecekapan bahan api tetapi mungkin kurang memuaskan bagi peminat kelajuan tinggi. X-ADV pula amat sesuai untuk peminat tunggangan pengembaraan yang ingin fleksibiliti urban namun harganya agak tinggi berbanding model serupa dalam pasaran. CBR150R memang ideal untuk pemula yang mengidam motosikal sport, tetapi kuasanya agak sederhana bagi penunggang berpengalaman. Namun secara keseluruhannya, penambahbaikan ini mampu memenuhi citarasa pelbagai lapisan pengguna di Malaysia.

GALERIA

Honda NSS250

Honda X-ADV

Honda CBR150R

Previous post

Jelajah Honda ADVenture 2025 Kini Bermula!

Next post

PROTON Persembah Filem Raya 2025, Lancar Ambilan Kerja

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *