Promosi / Tawaran / Peraduan

Sambutan Raya GWM Malaysia & Peluang Menangi Hadiah Lumayan

GWM Malaysia menganjurkan Rumah Terbuka Raya-tastic dengan hadiah menarik sehingga RM150,000 sempena Hari Raya Aidilfitri 2025.

Apabila tiba Hari Raya Aidilfitri, antara yang paling dinanti-nantikan pastinya adalah peluang merayakan kemeriahan dalam suasana penuh mesra bersama keluarga dan rakan taulan. Tahun ini, Great Wall Motor (GWM) Malaysia menghangatkan lagi sambutan dengan menganjurkan acara istimewa “Raya Bersama GWM”. Lebih daripada sekadar kempen biasa, acara ini membawa falsafah kebersamaan, kegembiraan, serta peluang untuk mencipta kenangan indah.

Acara ini akan berlangsung dari 12 hingga 27 April 2025 di beberapa pusat pengedar rasmi GWM yang terpilih di seluruh negara. Antara tarikan utama adalah cabutan bertuah “Tempah & Menang” dengan hadiah menarik keseluruhan bernilai sehingga RM150,000. Pengunjung juga boleh menikmati hidangan ringan yang disediakan secara eksklusif sempena sambutan Raya ini.

Selain daripada cabutan bertuah, GWM Malaysia turut menawarkan promosi eksklusif Raya yang amat berbaloi. Ini termasuk penyelenggaraan percuma selama lima tahun meliputi alat ganti dan kos buruh bagi semua model popular seperti GWM ORA GOOD CAT, GWM ORA 07, GWM TANK 300 dan GWM HAVAL H6 HEV.

Menambahkan lagi tarikan, pembeli model elektrik ORA GOOD CAT dan ORA 07 akan menerima penjimatan sehingga RM25,000, kadar faedah pinjaman yang rendah, serta pengecas dinding rumah secara percuma. Untuk peminat model SUV premium TANK 300 pula, GWM menawarkan waranti tanpa had perbatuan selama enam tahun, pastinya suatu nilai tambah yang sukar ditolak.

Istimewanya lagi, pemilik HAVAL H6 HEV akan menerima tambahan perbatuan percuma sebanyak 10,000 km. Ini tentunya memudahkan perjalanan balik kampung tanpa perlu risau soal kos penyelenggaraan kenderaan.

Sebagai tambah nilai, pelanggan yang mencuba pandu uji model-model GWM turut menerima hadiah istimewa iaitu baucar kopi ZUS yang boleh ditebus di semua cawangan ZUS Coffee seluruh negara. Lebih menarik lagi, kempen khas “Realise Your Dream Trip with GWM TANK 300” menyediakan baucar percutian eksklusif bernilai RM888 kepada 25 pemandu bertuah yang mencuba pandu uji model ini. Selain itu, lima pembeli bertuah pula berpeluang memenangi baucar percutian bernilai RM8,888.

Tidak cukup dengan itu, pemilik baharu model TANK 300 juga berpeluang membawa pulang hadiah utama berupa Kit Modifikasi Iron Cavalry GWM. Ini pastinya berita baik buat mereka yang gemarkan gaya unik dan eksklusif untuk kenderaan mereka.

Sementara itu, hadiah bagi cabutan bertuah “Tempah & Menang” turut menampilkan pelbagai barangan elektronik premium termasuk iPhone 16, iPad Air, Samsung TV 55-inci, Apple Watch SE, Dyson V8, AirPods 4 dan Konsol Digital PS5. Tambahan pula, pelanggan juga berpeluang memenangi kad hadiah Petronas bernilai RM1,000 dan baucar percutian bernilai RM2,000.

Pengarah Urusan GWM Malaysia, Cui Anqi, menyatakan bahawa kempen ini bukan sekadar tawaran istimewa sempena perayaan, tetapi juga sebagai medium untuk mengeratkan lagi hubungan antara syarikat dengan pelanggan, selaras dengan nilai keharmonian dalam sambutan Hari Raya.

Frankly Speaking Terus-terang, inisiatif GWM ini sememangnya menarik perhatian kami kerana memberi manfaat nyata kepada pengguna. Walaupun tawaran yang diberi cukup menarik, kami berharap ia bukan hanya sekadar gimik pemasaran, tetapi benar-benar mencerminkan usaha GWM untuk memberi nilai tambah kepada pelanggan. Kesungguhan untuk mendekati pelanggan dan memahami keperluan tempatan jelas kelihatan, namun ia harus diteruskan secara konsisten agar kepercayaan pengguna kekal kukuh. Dalam industri automotif yang kian sengit, hanya mereka yang mampu menyentuh hati pengguna secara autentik akan kekal relevan.

Previous post

Pengaruh TikTok dan Influencer Dalam Jualan Kereta Baharu

Next post

XPeng Melonjak Tinggi: Rekod Baharu Jualan EV Mac 2025

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *